KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi bersetuju meneruskan inisiatif Makkah Route atau prapelepasan kepada bakal jemaah haji dari Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata pelaksanaan inisiatif itu akan memudahkan proses kemasukan bakal jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa setibanya di lapangan terbang negara itu.
"Pasukan Imigresen dan Kastam Arab Saudi akan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memeriksa pasport jemaah haji, jadi apabila tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah mereka tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam.
"Jemaah haji akan terus menaiki bas ke hotel masing-masing sama ada di Madinah atau di Makkah, manakala beg mereka akan diuruskan pihak agensi dari Arab Saudi untuk dihantar ke hotel. Proses ini bukan sahaja tidak mengambil masa lama, malah memberi kemudahan yang sangat baik kepada bakal haji," katanya pada sidang media Operasi Haji 2022 di sini, hari ini.
Untuk tahun ini, Syed Saleh berkata pihak TH akan menggunakan perkhidmatan dua syarikat penerbangan bagi membawa bakal jemaah haji iaitu Malaysia Airlines Berhad dan SAUDIA Airlines (SAUDIA).
"Dua syarikat penerbangan tersebut akan menerbangkan secara sama rata setiap hari dengan penerbangan pertama akan berlepas pada 4 Jun ini," katanya.
Syed Saleh berkata pihak TH akan mengeluarkan surat jadual penerbangan kepada bakal haji secara berperingkat mulai minggu hadapan.
Beliau turut mengingatkan jemaah supaya melakukan ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) dalam tempoh 48 jam sebelum melapor diri di stesen pelepasan.
Bagi bakal haji yang positif COVID-19, katanya mereka masih berpeluang ke Tanah Suci sekiranya sembuh sebelum tarikh penerbangan akhir, namun perlu mendapat kebenaran pelepasan daripada pegawai perubatan terlebih dahulu.
"Kami akan bantu sebaik mungkin untuk mereka pergi juga selepas selesai kuarantin. Jika tidak berpeluang pergi tahun ini, kami akan beri keutamaan pula pada tahun akan datang," katanya.
Beliau berkata pihak TH turut menyediakan pegawai dan pakar perubatan khas dari Kementerian Kesihatan bagi merawat jemaah yang positif COVID-19 ketika berada di Tanah Suci, termasuk menyediakan pusat isolasi di bilik hotel dan wad khusus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
Pelaksanaan inisiatif itu akan memudahkan proses kemasukan bakal jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa setibanya di lapangan terbang negara itu. - Reuters
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im
Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito'ah atau syarat kemampuan menunaikan haji.
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
2,000 jemaah haji alami keletihan haba
Perkara itu diumumkan pegawai Arab Saudi, selepas suhu meningkat kepada 48 darjah Celsius sejak dua hari lepas.
Umat Islam di India, Pakistan, Bangladesh, Thailand sambut Aidiladha pada 29 Jun
Aidiladha disambut pada pada 10 Zulhijah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah.
Letih lesu di Tanah Suci, pakar kesihatan senaraikan kenduri sebelum berangkat antara punca
Walaupun kesihatan bakal haji baik sebelum ke Tanah Suci, tetapi keadaan itu mungkin berubah apabila berada di sana.
Ismail Sabri cadang TH kaji semula tempoh tunai haji
Empat pakej tempoh masa menunaikan ibadah haji boleh diperkenalkan iaitu 14, 21, 30 dan 40 hari.
Ukur kemampuan, ambil kira kenaikan kos sebelum tunai haji - Idris
Bakal jemaah dinasihatkan supaya menilai kemampuan sendiri dan mengambil kira kenaikan kos sebelum menunaikan ibadah haji.
Haji: Titik permulaan untuk berubah jadi lebih baik - Idris
Jemaah haji Malaysia disaran mengambil pengalaman ketika mengerjakan Rukun Islam Kelima itu sebagai titik permulaan untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Musim terbesar ibadah haji 1443H bermula secara rasmi
Musim ibadah haji tahun 1443 Hijrah telah bermula secara rasmi semalam selepas dua tahun dihentikan akibat penularan COVID-19, menyaksikan ratusan ribu jemaah haji mula melakukan "Tawaf Qudum".