awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai

Sinar Harian
Sinar Harian
04/05/2024
01:15 MYT
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Muhamad Zaki berkata rondaan turut diteruskan di kawasan Tumpat sepanjang Pos Ular, Pos Simpangan, Pos Nibong, Pos Pisau Raut, Pos Naga Ibu dan Pos Kuala Jambu. - Foto fail/BERNAMA
PASIR MAS: Polis Kelantan mula menggunakan kenderaan berperisai AFV Commando V150 pada Jumaat bagi memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan negara berikutan letupan bom dan tembakan di Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand Rabu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
Menurut beliau, rondaan turut diteruskan di kawasan Tumpat sepanjang Pos Ular, Pos Simpangan, Pos Nibong, Pos Pisau Raut, Pos Naga Ibu dan Pos Kuala Jambu.
"Kita memang akan meningkatkan keselamatan di sempadan jika berlaku kes seperti ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Warna Warni Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini pada Jumaat.
Muhamad Zaki turut memberitahu, belum menerima secara rasmi laporan berkaitan sebuah kereta yang didakwa menggunakan nombor plat Malaysia dalam insiden berkenaan.
"Saya belum menerima secara rasmi dakwaan itu tetapi kita bertindak segera melakukan rondaan sebaik sahaja kes berlaku," katanya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Pol Col Jadsadavit Inprapan berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian menemukan sebuah kenderaan model sedan berwarna putih yang mempunyai nombor pendaftaran negara jiran.
Susulan insiden berkenaan, pihak keselamatan Thailand memperketatkan kawalan di sempadan bagi mengelak pergerakan penjenayah secara bebas di sekitarnya.
Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam 29 April lalu turut menyebabkan empat anggota polis Thailand cedera dalam insiden berkenaan.
Dalam perkembangan berlainan, Muhamad Zaki juga memaklumkan tiada kes membabitkan penyeludupan senjata api melalui timbunan beras yang dibawa masuk ke negara ini.
Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan berlaku penyeludupan menggunakan kaedah itu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Penyeludup mungkin menggunakan sayur atau beras dan apa sahaja cara tetapi tetapi polis bijak menilai setiap pergerakan penjenayah," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kenderaan berperisai
#AFV Commando V150
#kawalan keselamatan
#Muhamad Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan