awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi tawar 300 biasiswa penuh kepada pelajar Malaysia

Bernama
Bernama
25/03/2019
21:17 MYT
Arab Saudi tawar 300 biasiswa penuh kepada pelajar Malaysia
Kerajaan Arab Saudi menawarkan biasiswa penuh kepada 300 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di universiti awam di negara itu kecuali perubatan. -Gambar hiasan
Kerajaan Arab Saudi menawarkan biasiswa penuh kepada 300 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di universiti awam di negara itu kecuali perubatan.
Menurut kenyataan Misi Kebudayaan Arab Saudi di Malaysia (SACM), tawaran itu adalah hasil hubungan kukuh antara kedua-dua negara dan pengiktirafan terhadap rakyat Malaysia.
"Biasiswa itu terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang ingin mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD).
"Selain itu, penerima biasiswa turut diberikan kemudahan seperti elaun bulanan, perumahan, insurans perubatan dan tiket penerbangan," menurut kenyataan itu pada Isnin.
Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa syarat mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda ialah pemohon hendaklah berusia 17 hingga 24 tahun manakala bagi peringkat ijazah sarjana pemohon berusia 24 hingga 30 tahun dan berusia 30 hingga 35 tahun bagi PhD.
"Pelajar wanita hendaklah diiringi penjaga (mahram) yang di bawah tajaan atau pemegang permit yang sah.
"Bagi mereka yang berminat untuk memohon biasiswa ini boleh melayari laman sesawang rasmi SACM di http://my.moe.gov.sa/ atau mendaftar terus di pejabat SACM, Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#300 pelajar Malaysia
#biasiswa penuh
#Ijazah Doktor Falsafah
#ijazah sarjana
#Ijazah Sarjana Muda
#Kerajaan Arab Saudi
#Misi Kebudayaan Arab Saudi
#universiti awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan