Ardell Aryana rebah ketika mahu menaiki bas di KLIA

Ardelll tiba-tiba rebah di celah lautan orang ramai yang hadir di KLIA Terminal 1 malam tadi bagi memberikan sokongan kepada kumpulan sukarelawan GSF yang baru tiba dari Turkiye. - Berita AlHijrah
SEPANG: Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana rebah ketika menghampiri pintu bas yang membawa kumpulan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dan ahli keluarga mereka keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin kelihatan pucat dan tidak bermaya sebelum tiba-tiba rebah di celah lautan orang ramai yang hadir memberikan sokongan kepada kumpulan sukarelawan berkenaan.
Kejadian itu mencetuskan suasana cemas seketika, namun anggota polis bantuan yang bertugas segera bertindak membantu dan membawa Ardell masuk ke dalam bas.
Suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa yang berada tidak jauh di belakang, segera berlari mendapatkan Ardell selepas menyedari keadaan kecemasan itu.Pasangan itu antara yang diraikan dalam sambutan kepulangan sukarelawan GSF di KLIA selepas mereka menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.
Turut hadir menyambut kepulangan mereka ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Sabtu lalu, seramai 23 sukarelawan GSF, termasuk selebriti Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu ketika dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Lebih 500 sukarelawan dari seluruh dunia telah menyertai misi GSF sejak ia digerakkan pada September lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami