KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR 19 Feb (Bernama) -- Arkib Negara Malaysia bekerjasama dengan beberapa institusi arkib di Britain, Belanda dan Portugal serta negara lain dalam usaha mengumpul dan mendapatkan bahan arkib berkaitan Malaysia.
Ketua Pengarahnya Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman berkata bahan arkib yang dianggarkan berjuta ringgit di luar negara hanya akan diperoleh secara digital memandangkan dokumen asal masih menjadi hak milik negara berkenaan.
"Mereka tidak akan beri salinan asal sebab bahan arkib itu merupakan khazanah kepada mereka juga, tetapi kita telah berbincang dengan beberapa negara contohnya Britain dan mereka bersetuju untuk berikan kepada kita.
"Kita akan dapatkan salinan yang telah didigitalkan oleh negara itu dengan melibatkan kos anggaran mencecah jutaan ringgit memandangkan sebahagian bahan arkib mereka sudah dikomersialkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Jendela Fikir terbitan Bernama Radio di sini hari ini
Dalam perkembangan lain, Jaafar Sidek berkata bersempena sambutan peristiwa pengisytiharan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang akan berlangsung di Bandar Hilir Melaka esok, beberapa aktiviti telah dirancang termasuk program wacana ilmu.
Selain itu, katanya pada hari tersebut satu buku bertajuk KarTunku 1957-1963: Lakaran Eksklusif Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia yang merupakan kisah perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mendapatkan kemerdekaan hingga pembentukan Malaysia, akan dilancarkan.
"Kami telah melaksanakan program memperingati tarikh 20 Feb lebih daripada 10 tahun dan tahun ini kami jalin kerjasama bersama kerajaan negeri Melaka untuk bangunkan semula peristiwa itu kerana masyarakat sekarang hanya tahu tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957 sahaja.
"Jadi kita nak orang ramai bukan sahaja memperingati tarikh kemerdekaan negara, tetapi tarikh pengisytiharaan kemerdekaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Bahan arkib yang dianggarkan berjuta ringgit di luar negara hanya akan diperoleh secara digital memandangkan dokumen asal masih menjadi hak milik negara berkenaan. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Arkib Negara kerjasama dengan arkib Britain, Belanda, Portugal kumpul dokumen lama
Arkib Negara Malaysia bekerjasama dengan beberapa institusi arkib di Britain, Belanda dan Portugal dalam usaha mengumpul bahan bersejarah.
Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.
Pameran Eksklusif Tugu Negara ingati Tunku Abdul Rahman bermula hari ini
Sempena mengingati peranan dan sumbangan Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra, Arkib Negara menganjurkan Pameran Eksklusif Tugu Negara dan Bicara Negara di Memorial TAR.
Watikah pemasyhuran, meja kayu dan bendera antara koleksi sejarah Hari Malaysia
Banyak khazanah tinggalan sejarah Hari Malaysia sebenarnya masih disimpan rapi demi mempertahankan kedaulatan negara.
Rombongan Ongkili ke London untuk kaji dokumen MA63
Datuk Seri Maximus Ongkili itu akan berkampung di Arkib Negara, London selama seminggu bagi mengkaji lebih 300 dokumen berkaitan MA63 yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai dokumen sulit.
Ekplorasi Negarawan #klikdijari perkasa pengukuhan jati diri bangsa - Nancy
Pemahaman mengenai tokoh negarawan dapat memberi kesedaran kepada generasi muda, masyarakat tempatan serta luar negara.
PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.
Malaysia bukan dibina oleh Ali, Muthu, dan Ah Chong sahaja
Sudah tiba masanya Sabah dan Sarawak turut diberi perhatian khusus dalam usaha menjadikan Malaysia lebih progresif.
Rumah Merdeka mengembali nostalgia perjuangan Tunku
Kunjungan ke Rumah Merdeka peninggalan Almarhum Tunku Abdul Rahman mengembalikan nostalgia kepada perjuangan memperoleh kemerdekaan negara.