awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arkib Negeri inisiatif pelihara warisan khazanah Sarawak - Abang Johari

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2020
09:31 MYT
Arkib Negeri inisiatif pelihara warisan khazanah Sarawak - Abang Johari
Abang Johari juga menggesa agar semua aspek termasuk pengurusan maklumat buku fizikal dan buku elektronik atau e-books diselaraskan. FOTO: Astro AWANI
SIBU:Kerajaan negeri Sarawak akan membangunkan Arkib Negeri sebagai usaha memelihara warisan khazanah berharga negeri itu.
Selain memastikan warisan khazanah negeri dipelihara dengan baik, ia juga sebagai insiatif merakyatkan teknologi digital dalam kalangan penduduk negeri itu.
Malah dengan pengaplikasian teknologi digital itu, ia juga sebagai sebahagian usaha dalam pelan pembangunan perpustakaan di Sarawak.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, bagi menjayakan inisiatif ini, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bertanggungjawab menjayakan aspirasi ini dalam menjayakan pelan pendigitalan perpustakaan di sana.
“Perkara ini sememangnya antara agenda kita (kerajaan negeri Sarawak) dan sekarang pelan penstrukturan ini akan dijalankan oleh SMA.
“Ini kerana pelan ini mengambil kira aspek fizikal dan digital kerana teknologi digital dengan peredaran dunia masa ini memang tidak boleh dipisahkan,” katanya.
Tambahnya, sejumlah RM250 juta diluluskan kerajaan negeri bagi membangunkan arkib berkenaan.
Menerusi penerbitan arkib itu, proses rujukan membabitkan Pustaka Negeri Sarawak boleh diakses dengan mudah dan cepat.
Antara lain, Abang Johari juga menggesa agar semua aspek termasuk pengurusan maklumat buku fizikal dan buku elektronik atau e-books diselaraskan.
Beliau berkata demikian pada perasmian Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Sibu di Sibu pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Pustaka Negeri
#SMA
#Sibu
#teknologi digital
#Abang Johari Tun Openg
#kerajaan negeri
#e-books
#Warisan
#Khazanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan