Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd hari ini memenangi saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR 'Suara Keadilan'.
Ini berikutan pengakuan liabiliti bagi kedua-dua artikel fitnah oleh defendan, iaitu Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali, yang ketika itu Naib Presiden PKR, dan penulis artikel tersebut, Rusnizam Mahat.
Artikel itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap', yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu', yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010.
Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Felda, sebagai sebuah badan berkanun, mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang.
Beliau berkata hanya Parlimen, dan bukan mahkamah, boleh mengambil hak daripada Felda untuk menyaman, seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Kemajuan Tanah 1956.
Kamaludin membuat keputusan itu selepas menolak isu awal yang dibangkitkan oleh defendan bahawa Felda, sebagai pertubuhan yang didaftarkan menurut Akta Kemajuan Tanah, tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu.
Beliau berkata Felda berhak untuk memasukkan pertimbangan berkaitan liabiliti dan memerintahkan kuantum ganti rugi yang akan dinilai oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi.
Pada 16 Ogos, 2010, Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfailkan saman RM200 juta terhadap ketiga-tiga defendan dengan mendakwa artikel itu menjejaskan imej mereka.
Plaintif berhujah bahawa defendan dengan sengaja telah menerbitkan artikel untuk menjejaskan kepercayaan dan keyakinan peneroka Felda terhadap agensi itu.
Felda juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan seperti itu dalam media cetak atau Internet.
Agensi itu juga menuntut permohonan maaf secara bertulis daripada defendan yang akan diterbitkan dalam akhbar dan majalah yang akan dikenal pasti oleh plaintif dan kos lain serta relif yang dianggap wajar oleh mahkamah.
Pada 30 Sept, bekas editor 'Suara Keadilan', Dzulkarnain Taib, yang merupakan seorang daripada defendan, memohon maaf kepada Felda dan anak syarikatnya berhubung penerbitan dua artikel itu.
Beliau menyatakan bahawa artikel itu adalah palsu dan diterbitkan oleh 'Suara Keadilan' dengan tujuan untuk memperkecilkan pihak plaintif dan menjejaskan reputasi mereka.
Bernama
Fri Oct 17 2014
Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, hari ini memenangi saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismai. - Gambar fail
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Perluas 'community farming' bantu kanak-kanak kurang nutrisi - Dr Wan Azizah
Ia bagi membantu mengatasi masalah kurang nutrisi dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar.
Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.
'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Kasih Malaysia hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur
Kasih Malaysia turut menyumbang barangan keperluan seperti bakul makanan, lampin, cadar dan berus gigi kepada penghuni pusat jagaan tersebut.
5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung
Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian di Malaysia dan dianggarkan setiap tahun 5,000 bayi yang dilahirkan mempunyai masalah jantung berlubang dan kongenital di negara ini.
Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story'
Anwar akan menonton filem tersebut bersama 258 tetamu VIP yang terdiri daripada penggiat industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.
Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.
PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja tiga hari di negara itu atas undangan kerajaan Arab Saudi.
"Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun" - Nurul Ilham Anwar
Nurul Ilham berkongsi perasaan bergelar anak Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.
Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri.