awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN 2025: Malaysia ulangi sokongan jadikan Timor Leste anggota penuh

Luqman Hariz
Luqman Hariz
19/01/2025
04:50 MYT
ASEAN 2025: Malaysia ulangi sokongan jadikan Timor Leste anggota penuh
Malaysia akan meneruskan usaha untuk memastikan Timor Leste menjadi anggota penuh ASEAN, kata Mohamad semasa berucap pada pembukaan Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar pertubuhan itu, di Langkawi, hari ini. - Gambar Bernama
LANGKAWI: Malaysia akan meneruskan usaha untuk memastikan Timor Leste menjadi anggota penuh ASEAN.
Perkara itu dibayangkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapan pembukaan Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar pertubuhan itu, di sini, hari ini.
Mohamad berkata, kesemua 11 negara di Asia Tenggara berhak mempunyai suara dalam organisasi yang menentukan hala tuju dan masa depan rantau ini.
“Kami bercita-cita untuk memperkasa, untuk menyediakan peluang yang saksama bagi semua segmen masyarakat demi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan.
“Semangat ini kami harap dicerminkan dalam keanggotaan ASEAN. Asia Tenggara bukanlah rantau sepuluh negara, tetapi 11,” katanya.
Timor Leste yang memperoleh kemerdekaan pada 2002 memohon untuk menyertai ASEAN pada 2011.
Ia diberi status negara pemerhati pada 2022.
Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menyokong permohonan negara itu untuk menjadi anggota penuh ASEAN.
Mohamad berkata, penyertaan Timor Leste secara penuh ke dalam ASEAN selaras dengan konsep keterangkuman, yang menjadi salah satu tema kepengerusian Malaysia tahun ini.
“Kami harap semua anggota ASEAN mengambil perhatian perkara ini, kerana jika kita tidak mempamerkan keterangkuman dalam pertubuhan ini, semua retorik kita dilihat kosong sahaja,” katanya.
Topic Berkaitan
#ASEAN 2025
#Timor Leste
#anggota ASEAN
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan