Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa komitmen politik baharu untuk mempercepat rundingan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan yang kini kritikal.
- Malaysia, sebagai pengerusi bersama China, menegaskan komitmen mengekalkan momentum rundingan bagi mencapai CoC yang berkesan dan substantif.
- Anwar menekankan kepentingan keamanan, keselamatan, kestabilan serta kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan.
MANILA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komitmen politik baharu bagi mempercepat rundingan Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan yang kini disifatkan berada pada tahap kritikal.
Beliau berkata, Malaysia selaku pengerusi bersama China kekal komited untuk mengekalkan momentum rundingan berkenaan bagi mencapai matlamat memuktamadkan CoC yang berkesan dan substantif.
"Komitmen politik baharu daripada semua delegasi amat penting bagi mencapai matlamat bersama kita untuk memuktamadkan COC yang berkesan dan substantif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan negara pada Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-29 di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan kepentingan mengekalkan keamanan, keselamatan, kestabilan serta keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan, termasuk kebebasan penerbangan di ruang udara di kawasan berkenaan.
Sementara itu, menerusi Kenyataan Bersama ASEAN mengenai Hubungan Dialog ASEAN-China, Anwar berkata, blok serantau itu turut mengalu-alukan momentum positif dan kemajuan ketara dalam rundingan COC setakat ini.
"ASEAN berharap usaha berterusan dan intensif dapat dipertingkatkan bagi memuktamadkan kod berkenaan yang berkesan dan substantif dalam fasa akhir rundingan," ujarnya.