awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy

Bernama
Bernama
06/07/2022
20:03 MYT
ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Nancy hadir pada majlis minum petang eksklusif bersama diplomat sembilan negara anggota ASEAN di Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri menzahirkan keyakinan bahawa ASEAN berpotensi menjadi destinasi pelancongan yang berkualiti terutama dengan kewujudan Pelan Strategi Pelancongan ASEAN 2015-2025.
Beliau berkata pada masa hadapan, beliau percaya negara anggota ASEAN boleh bekerjasama memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosikan tawaran pelancongan di rantau itu.
"Ini juga selaras dengan penjenamaan baharu ASEAN 'A Destination for Every Dream' yang membolehkan kita terus memasarkan Asia Tenggara sebagai destinasi tunggal.
"Saya berharap kita akan mengadakan lebih banyak perjumpaan seperti ini bagi memupuk hubungan antara Malaysia dengan semua negara anggota ASEAN," katanya dalam ucapan alu-aluan semasa majlis minum petang eksklusif bersama diplomat sembilan negara anggota ASEAN di sini semalam.
Nancy berkata pelan itu menyatakan ASEAN akan menjadi destinasi pelancongan berkualiti yang menawarkan pengalaman yang unik dan pelbagai serta komited terhadap pembangunan pelancongan yang bertanggunjawab, lestari, inklusif dan seimbang untuk menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan sosioekonomi rakyat ASEAN.
Sementara itu, mengulas majlis minum petang eksklusif itu, Nancy berkata ia diadakan bagi memupuk hubungan dua hala yang lebih erat antara Malaysia dan negara anggota ASEAN selain menyambung semula silaturahim selepas dua tahun terpaksa berdepan pandemik COVID-19.
Beliau berkata kerjasama itu penting bagi industri pelancongan Malaysia kerana negara anggota ASEAN merupakan penyumbang utama kepada ketibaan pelancong antarabangsa negara yang menyumbang sebanyak 68.5 peratus daripada ketibaan di peringkat pra-COVID-19.
Majlis itu dihadiri oleh Duta-Duta Besar Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam selain Pesuruhjaya Tinggi Singapura serta Brunei.
Nancy turut memanjangkan jemputan peribadi beliau kepada diplomat terbabit serta pasangan masing-masing untuk menyertai lawatan khas ke Pahang, yang dijangka diadakan pada awal bulan depan.
"Pahang merupakan satu lagi destinasi unik di Pantai Timur Malaysia yang masih belum diteroka sepenuhnya oleh pelancong antarabangsa dari rantau ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#ASEAN
#Destinasi pelancongan
#Pelan Strategi Pelancongan ASEAN 2015-2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan