awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN, CPTPP akan berdialog pada November, teroka peluang kerjasama

Bernama
Bernama
23/09/2025
14:55 MYT
ASEAN, CPTPP akan berdialog pada November, teroka peluang kerjasama
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dialog rasmi berkenaan dipersetujui semasa perbincangan dalam kalangan menteri pada mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: ASEAN, dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan mengadakan dialog rasmi pada 20 Nov 2025 bagi meneroka bidang kerjasama berpotensi.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dialog rasmi berkenaan dipersetujui semasa perbincangan dalam kalangan menteri pada mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 di sini.
"Kami akan membincangkan beberapa bidang berpotensi untuk kerjasama dan kolaborasi ke tahap selanjutnya. Perbincangan ini akan dimulakan di peringkat pegawai kanan," katanya pada sidang media di sini.
CPTPP adalah perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani oleh 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, United Kingdom dan Vietnam.
Empat daripada 10 negara anggota ASEAN iaitu Brunei, Malaysia, Singapura dan Vietnam adalah ahli CPTPP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#CPTPP
#kerjasama
#Zafrul Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan