Pemimpin ASEAN mengalu-alukan hasrat India untuk mempertingkat kerjasama maritim antara ASEAN dan India dengan menjadikannya sebagai satu keutamaan dalam hubungan strategik kedua-dua pihak.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah menekankan bahawa ASEAN dan India harus terus menggalakkan kerjasama serantau dalam keselamatan maritim terutamanya dari segi pembinaan keupayaan, pertukaran dan perkongsian maklumat yang boleh menghalang serta memerangi kegiatan jenayah di laut termasuk juga ancaman tidak konvensional seperti keganasan dan extremisme serta kegiatan lanun.
"Sehubungan dengan ini kerjasama strategik dalam bidang maritim ini juga menunjukkan bahawa potensi yang boleh kita raih melalui cara kita mengeksplotasikan semua sumber maritim dengan kaedah pembangunan mampan yang sentiasa menekankan pemeliharaan alam sekitar.
"Ini adalah pendekatan yang sebaik-baiknya. Potensi maritim dan sumber laut ini adalah amat besar dan seharusnya dimanfaatkan untuk kepentingan kita bersama," katanya kepada pemberita Malaysia di sini, hari ini.
Perdana menteri berada di New Delhi atas undangan Perdana Menteri India Narendra Modi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bersempena ulang tahun ke-25 hubungan dialog ASEAN-India.
Terdahulu, perdana menteri menghadiri sesi pemukiman bersama pemimpin-pemimpin ASEAN dan India yang bertemakan kerjasama maritim dan keselamatan.
Dalam pada itu, Najib berkata pemimpin 10 blok negara ASEAN turut mengambil maklum bahawa pada 2016 perdagangan barangan ASEAN-India mencecah US$58.4 bilion, iaitu 2.6 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan ASEAN.
"Ini menempatkan India sebagai rakan dagang ASEAN yang keenam terbesar selepas China , Kesatuan Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan," katanya.
Mengikut statistik yang dikeluarkan kerajaan India, perdagangan ASEAN-India hampir mencecah US$72 bilion tahun lepas.
Sementara itu, Najib menyertai Modi dan pemimpin negara anggota ASEAN yang lain melancarkan set setem peringatan bersempena sidang kemuncak itu.
Set setem itu bagi menandakan 25 tahun hubungan ASEAN-India, mengandungi 11 setem iaitu masing-masing 1 setem untuk India dan 10 negara anggota ASEAN.
Bagi Malaysia, setem itu menampilkan Gerbang Torana di Little India, Brickfields, hadiah daripada kerajaan India kepada Malaysia sebagai lambang persahabatan kukuh antara kedua-dua negara.
Monumen itu yang dirasmikan secara bersama oleh Modi dan Najib pada 2015 mempunyai seni reka Hindu dan Buddha di benua kecil India.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) hadir pada sesi plenari sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India hari ini. Turut kelihatan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. - Foto Bernama
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.