awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza

Amirul Aiman
Amirul Aiman
06/02/2025
02:50 MYT
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia, tegas Mohamad, sepakat bersama negara-negara anggota lain bahawa tindakan pengusiran rakyat Palestin tidak boleh diterima. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: ASEAN menyatakan kekesalan terhadap pengumuman cadangan pengusiran rakyat Palestin dari Gaza dan menegaskan pendiriannya menolak sebarang pelanggaran undang-undang antarabangsa, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia, tegas beliau, sepakat bersama negara-negara anggota lain bahawa tindakan itu tidak boleh diterima.
“Pendirian kita menyatakan bahawa ASEAN dan Malaysia sebagai Pengerusi tahun ini tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
“Kita tidak bersetuju dengan apa saja pelanggaran piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Kita tidak bersetuju dengan pelanggaran hak asasi manusia, Geneva Convention, ataupun yang sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Menurut beliau, ASEAN berpegang pada prinsip konsensus dalam mengeluarkan kenyataan rasmi dan Malaysia telah berbincang dengan rakan sejawat untuk menyatakan pendirian tegas mengenai isu itu.
“Sebagai Pengerusi ASEAN, saya telahpun bersama-sama dengan rakan-rakan sejawat ASEAN bahawa kita tidak bersetuju dengan ini,” tambah beliau.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa mencadangkan pemindahan penduduk Gaza ketika beliau menerima kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Trump turut mencadangkan satu visi untuk “pemilikan jangka panjang” serta pembangunan semula Gaza, satu kenyataan yang luar biasa daripada seorang Presiden AS dalam konflik berabad lamanya - terutamanya bagi seorang pemimpin yang meraih kuasa politik di AS melalui kritikannya terhadap perang berpanjangan Amerika di Asia Barat.
Tags: ASEAN, Malaysia, Mohamad Hasan, Gaza
Topic Berkaitan
#pengusiran rakyat Palestin
#ASEAN
#Mohamad Hasan
#Pengerusi ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan