awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN perlu manfaatkan pertumbuhan kelas pertengahan pacu pembangunan ekonomi - Liew

Bernama
Bernama
22/09/2025
12:45 MYT
ASEAN perlu manfaatkan pertumbuhan kelas pertengahan pacu pembangunan ekonomi - Liew
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: ASEAN perlu menjadikan blok serantau ini bukan sekadar hab pengeluaran malah juga sebagai pasaran pengguna yang dinamik, dipacu oleh pertumbuhan kelas pertengahan yang kukuh di seluruh ekonominya, satu matlamat penting bagi pembangunan ekonomi di rantau ini.

Ringkasan AI
  • Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata ASEAN perlu menjadi pasaran pengguna dinamik selain hab pengeluaran, dipacu kelas pertengahan yang kukuh.
  • ASEAN disaran memiliki teknologi sendiri dan tidak hanya bergantung kepada import, serta menekankan kepentingan pemindahan teknologi daripada China, Jepun dan Korea Selatan.
  • Liew menegaskan ASEAN perlu bertindak bersama membentuk masa depan Asia melalui kerjasama serantau seperti RCEP dan mekanisme ASEAN3.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata apabila ASEAN bekerjasama dengan kuasa ekonomi Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan, penting untuk mengingatkan kalangan ekonomi besar itu bahawa mereka turut mempunyai kepentingan untuk menyaksikan kelas pertengahan ASEAN yang kukuh.
"ASEAN perlu memilki multinasional yang teguh dengan teknologi sendiri, dan tidak hanya bergantung kepada teknologi yang diimport. Dalam kerjasama ASEAN dengan ekonomi besar Asia Timur, penting untuk China, Jepun dan Korea Selatan sedar bahawa pemindahan dan perkongsian teknologi yang lebih banyak dengan ASEAN akan membawa manfaat bersama," katanya ketika menyampaikan ucapan khas di Forum Perniagaan Asia Timur di sini hari ini.
Beliau berkata selepas bertahun-tahun mempromosikan Asia Timur, ASEAN kini mempunyai pelbagai institusi, platform dan mekanisme ASEAN+3, termasuk Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
"Beberapa ekonomi Asia kini sangat kaya, dan Asia juga merupakan kuasa besar teknologi dunia hari ini. Perkara yang kita perlukan ialah melakukan lebih banyak usaha secara bersama-sama namun, kita perlu melakukan perkara yang sangat berbeza," katanya.
Liew, berucap sebagai anggota Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN, berkata kumpulan itu percaya ASEAN, sebagai peserta yang aktif, perlu bertindak bersama-sama dalam membentuk masa depan Asia dan mungkin juga dunia.
Majlis Perniagaan Asia Timur ditubuhkan pada 2004 dan disokong oleh ASEAN+3 iaitu China, Jepun dan Korea Selatan.
Majlis itu diiktiraf atas usaha yang berterusan dalam membawa suara sektor swasta ke dalam dasar serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#pembangunan ekonomi
#Liew Chin Tong
#pasaran pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan