awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
17/02/2025
20:45 MYT
ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul menyampaikan ucapan pada Jamuan Makan Tengah hari yang dihoskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri sempena Mesyuarat Lembaga Eksekutif OANA ke-54 pada Isnin. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau menegaskan kepentingan konsensus ASEAN dalam menyatukan negara anggota dan bersuara sebagai satu entiti, sambil menekankan bahawa ASEAN juga perlu terus aktif dalam menjalin hubungan dengan ekonomi lain.
"Beberapa negara anggota ASEAN semakin mesra dengan BRICS, sama ada melalui keahlian atau kerjasama. Ini adalah perkembangan yang perlu dipertimbangkan oleh semua negara anggota dalam merangka dasar masing-masing," katanya dalam ucaptama semasa majlis makan tengah hari pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Agensi-Agensi Berita Asia-Pasifik (OANA) ke-54 di sini pada Isnin.
Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj serta Editor Eksekutif (menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarang) Perkhidmatan Berita Antarabangsa Mohd Shukri Ishak.
Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Agung OANA Zaman Rezakhan.
Beliau seterusnya berkata bahawa dalam era pemisahan dan pemecahan Amerika Syarikat-China, pendirian tegas ASEAN dalam berkecuali dan tidak berpihak boleh menjadi satu-satunya faktor berharga yang mampu "menyelamatkan" banyak rantaian bekalan kritikal dunia.
"Memandangkan ASEAN menarik lebih banyak aliran pelaburan daripada kuasa besar dan negara lain, blok ini juga menyokong keselamatan geopolitik serantau, dan ini hanya akan membawa kebaikan kepada rantau ini serta dunia," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa apabila Strategi China+1 terus berkembang dan kuasa besar semakin terpisah, rantaian bekalan akan terjejas, menyebabkan lebih banyak syarikat multinasional bukan sahaja mempelbagaikan pembekal dan penyedia logistik mereka, malah turut membina rantaian bekalan yang mencerminkan pakatan geopolitik.
"Berkat aliran masuk pelaburan asing yang stabil, ASEAN telah membangunkan kapasiti perindustriannya, namun usaha ini perlu dipercepatkan.
"Sebab itu, antara Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, kami mahu memperjuangkan inisiatif seperti membangunkan ASEAN sebagai hab Kenderaan Elektrik serantau, serta memulakan kerjasama serantau dalam tenaga, mineral dan semikonduktor," katanya.
Mengulas mengenai penglibatan ASEAN dengan blok ekonomi lain, beliau berkata keahlian atau kerjasama dengan BRICS bukan bermaksud beralih kepada blok ekonomi lain, memandangkan Malaysia sendiri telah menandatangani 16 perjanjian dua hala dan pelbagai hala dengan pelbagai blok.
"Jadi, kebetulan BRICS juga merupakan satu (daripada blok tersebut). Jadi, ia bukan sekadar bekerjasama dengan satu blok ekonomi sahaja, tetapi pada masa yang sama, kita berhubung dengan semua, cuma saya tidak pasti mengapa perhatian lebih diberikan kepada BRICS," katanya.
Mengenai kesepaduan BRICS, Tengku Zafrul berkata walaupun ada yang berpendapat bahawa BRICS tidak mempunyai kesepaduan yang diperlukan untuk kestabilan ekonomi jangka panjang, rekod ASEAN selama 50 tahun jelas membuktikan bagaimana kepelbagaian politik dan ekonomi boleh wujud bersama sambil memupuk keamanan dan kemakmuran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#BRICS
#pelaburan
#ekonomi jangka panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan