awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN tegas kecam serangan di Gaza dan Iran, kekal berkecuali isu dalaman negara lain

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
11/07/2025
14:30 MYT
ASEAN tegas kecam serangan di Gaza dan Iran, kekal berkecuali isu dalaman negara lain
Mohamad berkata, ASEAN memilih untuk tidak campur tangan bagi isu-isu lain yang bersifat dalaman atau tidak melibatkan pelanggaran prinsip asas tersebut. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: ASEAN menegaskan pendiriannya yang jelas dan konsisten dalam mengecam sebarang bentuk pencabulan hak asasi manusia serta pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia termasuk konflik kekejaman rejim Zionis yang masih berterusan di bumi Gaza dan serangan ke atas Iran, baru-baru ini.
"Meskipun sesetengah isu mungkin dilihat jauh dari rantau ini, ASEAN sentiasa terpanggil untuk mengambil pendirian tegas berdasarkan prinsip dan nilai sejagat.
“Ini kerana ia melibatkan pencabulan hak asasi manusia, pelanggaran undang-undang antarabangsa dan (pelanggaran jelas terhadap) Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media penutupan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58, dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan yang berlangsung antara 8 hingga 11 Julai.
Tambah Mohamad, ASEAN memilih untuk tidak campur tangan bagi isu-isu lain yang bersifat dalaman atau tidak melibatkan pelanggaran prinsip asas tersebut.
Ujarnya, ia selaras dengan prinsip tidak mencampuri urusan dalaman negara anggota atau negara lain.
“ASEAN tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal orang lain, dan ASEAN juga mengharapkan agar pihak lain tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman kami. Itu dasar berkecuali ASEAN,” katanya.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#rejim Zionis
#PBB
#dasar berkecuali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami