awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil pelbagai aliran pendidikan terima baik hasrat kerajaan wajibkan BM, Sejarah dalam SPM
Pesta Angin Timur Perlis 2026 sasar lebih 300,000 pengunjung
Pelakon Catherine O’Hara, ibu Kevin dalam filem Home Alone meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN tekad pelihara keamanan serantau, 10 inisiatif dikemuka menerusi ADSOM

Bernama
Bernama
24/09/2025
15:20 MYT
ASEAN tekad pelihara keamanan serantau, 10 inisiatif dikemuka menerusi ADSOM
ASEAN secara kolektif bertekad untuk memelihara keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau menerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ADSOM) 2025 yang diadakan di Desaru, Kota Tinggi hari ini. - Foto Facebook MINDEF
JOHOR BAHRU: ASEAN secara kolektif bertekad untuk memelihara keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau menerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ADSOM) 2025 yang diadakan di Desaru, Kota Tinggi hari ini.
Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerusi kenyataan memaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausahanya, Lokman Hakim Ali selaku Ketua ADSOM telah mengemukakan 10 inisiatif baharu untuk pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 pada Oktober depan.
Kenyataan itu memaklumkan ia merangkumi tiga bidang utama bagi memperkukuh kerjasama dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi serta menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
"Pertama, ASEAN menegaskan semula kesepaduan dan kepusatannya sebagai teras kerjasama.
"Kedua, beberapa inisiatif utama telah dipersetujui bagi memperkukuh kerjasama pertahanan dan daya tahan kolektif dalam kalangan negara anggota ASEAN," menurut kenyataan itu.
MINDEF turut memaklumkan bahawa mesyuarat itu menjadi pemangkin bagi persiapan ADMM dan ADMM-Plus yang akan datang dan hasil mesyuarat berkenaan akan dibawa ke peringkat menteri.
"Ini bagi memastikan ASEAN kekal bersedia untuk menangani cabaran keselamatan semasa dan akan datang serta membina dan memperkukuh persekitaran kondusif dan menguntungkan bagi pertumbuhan masa hadapan ASEAN," menurutnya.
ADSOM menghimpunkan Pegawai Kanan Pertahanan dari semua negara anggota dengan Timor-Leste sebagai pemerhati.
Mesyuarat itu turut mendapat penglibatan Sekretariat ASEAN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Kementerian Pertahanan MINDEF
#ADSOM 2025
#keamanan serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan