NATIONAL
ASEAN25: Jumlah instrumen undang-undang diturunkan, permudah proses penyertaan Timor Leste

Mohamad (foto) menegaskan bahawa walaupun ASEAN bersedia membantu, Timor-Leste perlu menunjukkan komitmen sendiri, terutama dalam menangani cabaran dalam sektor ekonomi. -Bernama
KUALA LUMPUR: Timor Leste perlu bekerja lebih keras untuk memenuhi Instrumen Undang-Undang ASEAN supaya dapat menjadi anggota penuh blok rantau itu.
Ringkasan AI
- Timor-Leste perlu bekerja lebih keras untuk memenuhi 66 Instrumen Undang-Undang ASEAN yang tinggal, selepas jumlah asal dikurangkan daripada 84, bagi melayakkan diri sebagai anggota penuh ASEAN.
- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa walaupun ASEAN bersedia membantu, Timor-Leste perlu menunjukkan komitmen sendiri, terutama dalam menangani cabaran dalam sektor ekonomi.
- Timor-Leste kini berada dalam proses pematuhan Pelan Hala Tuju ASEAN yang merangkumi bidang politik dan keselamatan, ekonomi, serta sosial dan budaya, selepas diiktiraf sebagai pemerhati sejak 2005 dan menerima sokongan prinsip untuk keahlian penuh pada 2022.
"Menteri-menteri Luar ASEAN sudah menerima pakai draf adendum kepada perjanjian mengenai Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), ini mengukuhkan laluan Timor Leste untuk memperoleh keahlian tetap.
"Kebanyakan halangan terdiri daripada sektor ekonomi yang perlu ditangani oleh Timor Leste," ujar Mohamad dalam sidang media menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, di sini, pada Ahad.
Untuk rekod, Timor-Leste diiktiraf sebagai negara pemerhati ASEAN dan menyertai Forum Serantau ASEAN pada 2005 sebelum secara rasmi memohon keahlian pada 4 Mac 2011.
Pada tahun 2022, para pemimpin ASEAN berhimpun di Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja, dan pada dasarnya bersetuju untuk Timor-Leste menjadi anggota ke-11 blok itu.
Pada ketika ini, sudah diwujudkan unit khas untuk menyelia perjalanan Timor Leste memenuhi Pelan Hala Tuju yang merangkumi tiga rangka kerja utama dalam bidang politik dan keselamatan, ekonomi serta hubungan sosial dan budaya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami