awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN25: Kehadiran Timor-Leste perkaya nilai, jiwa rantau ini - PM Anwar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
29/10/2025
03:00 MYT
ASEAN25: Kehadiran Timor-Leste perkaya nilai, jiwa rantau ini - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar (kiri) meraikan Presiden Jose Manuel Ramos-Horta pada majlis makan malam pada Selasa. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian Malaysia yang konsisten menyokong penyertaan penuh Republik Demokratik Timor-Leste sebagai anggota ASEAN, sambil menyifatkan kehadiran negara itu bakal memperkaya jiwa dan nilai rantau Asia Tenggara.
Dalam kenyataan di Facebook pada Rabu, Anwar menzahirkan penghargaan terhadap semangat persahabatan erat antara kedua-dua negara.
“Negara ini meniti sejarah panjang perjuangan yang sarat dengan peristiwa derita dan menyayatkan, selain kezaliman yang dihamburkan kuasa imperialis ke atas warganya.
"Malaysia merupakan antara yang terawal mengiktiraf pengorbanan rakyat Timor-Leste yang mendambakan kebebasan dan cita murni sejak era Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.
Perdana Menteri menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Presiden Timor-Leste, Jose Manuel Ramos-Horta usai Sidang Kemuncak ASEAN, pada Selasa.
Anwar turut mengimbas kembali kenyataannya di Parlimen suatu ketika dahulu bahawa Timor-Leste adalah sebahagian daripada keluarga rantau yang dicintai.
Menurut beliau, Malaysia berpegang pada pendirian bahawa kekuatan ekonomi bukan satu-satunya ukuran dalam menentukan keanggotaan ASEAN.
“Malaysia sendiri dahulunya bukan negara kaya, seperti Laos dan Kemboja ketika diterima menyertai ASEAN.
"Kita juga pernah bergelut membina asas serta ketahanan ekonomi negara. Maka, adalah tidak wajar menilai keanggotaan hanya berdasarkan kekuatan ekonomi semata,” katanya.
Sebaliknya, jelas Perdana Menteri, apa yang lebih penting ialah tekad, iltizam dan semangat kenegaraan sesebuah bangsa.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Wisma Putra telah diarahkan untuk memperkukuh kerjasama teknikal serta menempatkan pegawai di Sekretariat ASEAN di Jakarta bagi membantu melengkapkan keperluan institusi Timor-Leste dalam proses penyertaan tersebut.
Anwar turut menzahirkan kekaguman terhadap ketabahan rakyat Timor-Leste yang menurutnya menjadi lambang keberanian dan suara nurani yang semakin pudar di dunia hari ini.
“Timor-Leste menyemangati suara nurani itu iaitu suara yang lahir daripada sejarah luka, ketabahan dan kesungguhan memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
"Saya pernah membicarakannya bersama mendiang Kofi Annan, dan saya melihat semangat yang sama pada Presiden Ramos-Horta,” katanya.
Mengakhiri kenyataannya, Anwar berkata Malaysia yakin bahawa kehadiran Timor-Leste dalam ASEAN bukan sekadar melengkapkan bilangan anggota, tetapi akan memperkaya nilai dan jiwa rantau ini yang terus berkembang sebagai komuniti serantau berprinsip dan berperikemanusiaan.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#Timor-Leste
#anggota baharu ASEAN
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami