KUALA LUMPUR: Asia Tenggara dijangka menyumbang 10 peratus daripada jumlah kapasiti solar Asia menjelang 2030, merangkumi pemasangan fotovoltaik terapung (FPV) di tanah dan atas bumbung, mencerminkan penguasaan meluas rantau Asia dalam pasaran FPV global, demikian menurut penyelidikan oleh Rystad Energy.
Syarikat penyelidikan tenaga dan risikan perniagaan dari Norway itu berkata negara seperti Filipina, Indonesia dan Thailand berkedudukan baik untuk menjadi perintis trend yang semakin meningkat ini menggunakan FPV untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga bersih.
Menurut data Rystad Energy, projek operasi FPV di Asia Tenggara kini berjumlah kira-kira 500 megawatt (MW) kesemuanya, dan sebanyak 300 MW kapasiti FPV dijangka ditambah di seluruh Asia Tenggara sahaja pada awal 2024.
Ketua penyelidikan kuasa dan tenaga boleh baharu Asia Rystad Energy, Jun Yee Chew berkata FPV muncul sebagai pembawa perubahan kepada Asia Tenggara, memangkin usaha rantau itu ke arah tenaga bersih dengan memaksimumkan limpahan sumber solarnya dan menangani kekurangan tanah yang terhad.
"Reka bentuk modular mereka membolehkan integrasi dengan empangan kuasa hidro sedia ada dan membuka peluang besar untuk negara yang memiliki banyakn kuasa hidro seperti Laos, Thailand dan Indonesia.
"Selain itu, dengan hak tanah sebagai penghalang utama yang dihadapi pemaju solar di Asia Tenggara, memandangkan kebanyakan tanah digunakan untuk pertanian, FPV menyediakan penyelesaian untuk kewujudan bersama ladang solar dan pertanian," katanya.
Rystad Energy berkata penambahan kapasiti fotovoltaik solar bakal menjadi tonggak utama tenaga Asia Tenggara pada masa depan, dengan pemasangan terapung akan memainkan peranan penting.
Bagaimanapun, syarikat itu berkata menangani isu hak tanah merupakan cabaran penting bagi pemaju solar di Asia Tenggara kerana tanah yang ada digunakan dengan meluas untuk tujuan pertanian.
"Rantau ini berdepan dengan masalah kekurangan tapak yang sesuai untuk ladang solar, sekali gus meningkatkan keperluan bagi penyelesaian inovatif. FPV, khususnya, muncul sebagai pilihan yang berdaya maju, memanfaatkan badan air bersebelahan dengan kawasan pertanian.
"Pendekatan ini bukan sahaja mengelak ketegangan berkaitan akses tanah tetapi juga menyediakan pelan tindakan yang berpotensi untuk negara lain yang turut berdepan isu yang sama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Negara seperti Filipina, Indonesia dan Thailand berkedudukan baik untuk menjadi perintis trend yang semakin meningkat ini. - Bernama
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Pelbagai sektor sumbang pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur muncul bandar raya terhebat
Bidang penting lain antaranya pembuatan, teknologi dan perkhidmatan turut berperanan sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi di Kuala Lumpur.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka - KWAP
Asia Tenggara (SEA) berpotensi menarik lebih ramai pemodal teroka apabila jurang penilaian dalam kalangan syarikat pemula niaga serantau menyatu.
Pelaburan hijau di Asia Tenggara naik 20 peratus tahun ke tahun, tahun lepas - Laporan
Pelaburan hijau di Asia Tenggara meningkat 20 peratus tahun ke tahun kepada AS$6.3 bilion (AS$1=RM4.76) pada 2023 berbanding AS$5.2 bilion pada 2022.
Konflik Israel-Hamas: Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara sokong gencatan senjata - Tinjauan
Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara percaya masyarakat antarabangsa harus menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Jepun sasar sokongan pembayaran berasaskan kod QR bersama negara Asia Tenggara
Pada hari ini, pengguna tempatan sudah boleh menggunakan DuitNow QR di beberapa negara jiran, sekaligus memudahkan lagi pembayaran ketika melancong di negara tersebut.
Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.