NATIONAL
ASNB henti operasi semua cawangan hingga 31 Mac ini

Namun transaksi berkaitan Pengisytiharaan Amanah dan Hibah Amanah yang hanya boleh dijalankan di kaunter ASNB, tidak akan beroperasi sehingga 31 Mac ini - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Semua operasi cawangan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) iaitu unit amanah di bawah Permodalan Nasional Bhd, akan dihentikan sementara mulai 4 petang esok sehingga 31 Mac, 2020.
Menurut kenyataan PNB, semua pemegang unit bagaimana pun boleh terus melakukan transaksi di rangkaian ejen ASNB seperti bank-bank utama dan Pos Malaysia atau secara dalam talian di portal atau aplikasi mudah alih myASNB.
Namun transaksi berkaitan Pengisytiharaan Amanah dan Hibah Amanah yang hanya boleh dijalankan di kaunter ASNB, tidak akan beroperasi sehingga 31 Mac ini.
"Kami menghargai kerjasama orang ramai untuk memahami perkara ini dan akan berkongsi maklumat terkini, jika perlu.
"Kami turut menyeru semua pemegang unit serta rakyat Malaysia untuk mematuhi sepenuhnya ketetapan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dan berada di rumah sepanjang tempoh tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami