awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asrama SMA Madrasah Idrisiah pula dijilat api

Intan Zalila Baharudin
Intan Zalila Baharudin
15/08/2018
06:11 MYT
Asrama SMA Madrasah Idrisiah pula dijilat api
Kebakaran tersebut berlaku di tingkat atas bangunan asrama kayu itu dan melibatkan siling serta perkakasan dalamannya. - Foto Astro AWANI
Sekali lagi kes kebakaran berlaku melibatkan Sekolah Menengah Agama di Perak apabila terbaharu sebuah asrama perempuan dua tingkat SMA Madrasah Idrisiah, di sini musnah 20 peratus dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Kebakaran tersebut berlaku di tingkat atas bangunan asrama kayu itu dan melibatkan siling serta perkakasan dalamannya.
Namun, tiada mangsa terlibat yang dilaporkan.
Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Abd Aziz Mat Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 10.52 pagi bergegas ke lokasi.
"Setibanya jentera di tempat kejadian, pihak bomba mendapati sebuah asrama perempuan kelas B sedang terbakar di tingkat satu.
"Kebakaran melibatkan perkakas di dalam asrama perempuan berkenaan membabitkan barangan seperti katil, almari serta siling di tingkat satu dan tidak melibatkan mangsa," katanya apabila dihubungi Astro Awani hari ini.
Katanya, sepasukan anggota daripada BBP Sungai Siput turut diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu BBP Kuala Kangsar.
"Operasi pemadaman dan pemantauan masih dijalankan anggota di lokasi kejadian.
“Siasatan susulan berkenaan punca kebakaran akan dilakukan sebaik sahaja operasi pemadaman serta pemantauan selesai,” katanya.
Minggu lalu, SMA Maahad Al-Islah Sungai Lampam, Teluk Intan juga mengalami nasib sama apabila tingkat dua bangunan asrama perempuan sekolah agama itu turut mengalami kebakaran.
Topic Berkaitan
#Abd Aziz Mat Nor
#bomba
#kebakaran
#Kuala Kangsar
#mangsa
#operasi
#sekolah
#Sekolah Menengan Agama Madrasah Idrisiah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan