awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro AWANI rangkul dua anugerah berprestij Asia

Astro Awani
Astro Awani
16/10/2018
14:45 MYT
Astro AWANI rangkul dua anugerah berprestij Asia
Astro AWANI berjaya merangkul dua anugerah iaitu program berita terbaik melalui program Malaysia Memilih dan Penyampai Berita Terbaik, Kamarul Bahrin Haron. -Foto Astro AWANI
Saluran berita 24 jam nombor satu Malaysia, Astro AWANI diumum sebagai pemenang bagi Malaysia dalam dua kategori anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA).
Anugerah yang berjaya dimenangi adalah dalam kategori Program Berita Terbaik melalui rancangan Malaysia Memilih yang bersiaran pada 9 dan 10 Mei, serta anugerah Penyampai Berita Terbaik yang dimenangi Kamarul Bahrin Haron.
Kemenangan Astro AWANI dalam anugerah berprestij itu diumumkan MIPCOM di Cannes, Perancis pada Isnin.
Di peringkat kumpulan pula, Astro berjaya meraih kemenangan bagi 19 kategori lain daripada 49 kategori secara keseluruhannya.
Antara anugerah yang dimenangi Astro ialah Program Hiburan Terbaik oleh Astro Prima (Meja Bulat Sepahtu), program Komedi Terbaik oleh Astro Hua Hee Dai (Hua Hee Seko-lah S4), dan Pelakon Layar Terbaik oleh Astro Citra (Anwar Idris - Luar Biasa) Drama atau Telemovie Terbaik oleh Astro Citra (Luar Biasa).
Pemenang setiap kategori akan mewakili Malaysia menentang pencalonan daripada 15 negara lain pada majlis Anugerah Gala yang akan berlangsung di Singapura pada 6 dan 7 Disember ini bagi menjulang trofi emas AAA.
Asian Academy Creative Awards ditubuhkan bagi mengiktiraf pencapaian kreatif oleh industri media daripada pelbagai platform termasuk televisyen, digital dan penstriman dalam talian di seluruh dunia.
Berikut adalah senarai penuh bagi 21 kategori yang dimenangi kumpulan Astro:
Promo atau Trailer Terbaik Vallavar 2017 oleh Astro Production
Lagu Tema Terbaik Symphony of Love oleh Astro
Rancangan Kandungan Pendek Terbaik May I Love You oleh MEASAT Broadcast Network Systems bagi Xuan
Program Gaya Hidup Terbaik Hadith Open Mic (Musim 2) oleh Astro
Penyampai Berita Terbaik Kamarul Bahrin Haron – Malaysia Memilih oleh Astro Awani
Laporan Berita Tunggal Terbaik Penang Flood oleh MEASAT Broadcast Network Systems bagi 热点 Hotspot
Program Berita Terbaik Malaysia Memilih (9 & 10 Mei) oleh Astro Awani
Drama atau Telemovie Terbaik Luar Biasa oleh Astro Citra
Siri Dokumentari Terbaik Pray For – The Black and White Deity 大二爷伯信仰 oleh Astro AEC
Program Dokumentari Terbaik (One-Off / Special) The Black Hawk Down: Wira Keamanan oleh Astro Prima
Pelakon Layar Terbaik Anwar Idris – Luar Biasa oleh Astro Citra
Editing Terbaik Andhy Pulung – Do[s]a oleh Astro
Sinematografi Terbaik Yadi Sugandi – Do[s]a oleh Astro
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Yoke Chen – Where Got Money? oleh Astro AEC
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Remy Ishak – Do[s]a oleh Astro
Program Hiburan Terbaik Meja Bulat Sepahtu oleh Astro Prima
Hos Hiburan Terbaik Nabil Ahmad – Gegar Vaganza oleh Astro Ria
Pelakon Komedi Terbaik Estee Tan Hsiao-Ling – Hua Hee Seko-lah S4 oleh Astro Hua Hee Dai
Program Komedi Terbaik Hua Hee Seko-lah S4 oleh Astro Hua Hee Dai
Program Muzik/Tarian Terbaik Hua Hee Champion 2017 Grand Final oleh Astro Hua Hee Dai
Program Kuiz Terbaik Smart Wheel oleh Astro Production
Hiburan Terbaik (One-Off / Tahunan) CNY Countdown Show 2018 oleh Astro
Topic Berkaitan
#anugerah berprestij
#Anugerah Kreatif Akedemi Asia
#Astro
#Astro AEC
#Astro Awani
#Astro Prima
#Kamarul Bahrin Haron
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan