awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro, RTM tayang saluran khas 24 jam #Malaysia4Palestine mulai hari ini

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2024
04:00 MYT
Astro, RTM tayang saluran khas 24 jam #Malaysia4Palestine mulai hari ini
#Malaysia4Palestine akan turut mengumpul dana untuk Palestin melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
KUALA LUMPUR: Sudah hampir lapan bulan kekejaman rejim Zionis berterusan ke atas rakyat Palestin dengan angka kematian kini lebih 35,000 orang.
Serangan menggila dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis terhadap orang awam yang tidak bersalah di Gaza, membuka mata dunia dan meningkatkan bantahan serta kecaman terhadap Israel termasuk di Malaysia.
Seiring dengan kelantangan dan sokongan tanpa henti terhadap Palestin, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menggerakkan inisiatif melalui saluran khas, #Malaysia4Palestine.
.
.
Saluran khas tersebut, dengan sajian pelbagai segmen akan ditayangkan selama 24 jam bermula hari ini (25 Mei) di Saluran Astro 111.
Ia sebahagian daripada usaha memupuk kesedaran masyarakat tentang krisis kemanusiaan di Palestin.
Selain menampilkan selebriti dan personaliti terkenal tanah air, #Malaysia4Palestine akan turut mengumpul dana untuk Palestin melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
Antara artis popular yang terlibat adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza; Datuk M Nasir; Datuk Syafinaz Selamat; Alif Satar; Soo Winci; Che Puan Sarimah Ibrahim, Ella, serta ramai lagi.
#Malaysia4Palestine juga boleh ditonton di laman web Gempak, Xuan dan Ulagam.
Ayuh rakyat Malaysia, sama-sama kita tingkatkan kesedaran kerana setiap sumbangan anda amat berharga!
Topic Berkaitan
#Malaysia4Palestine
#Saluran khas 24 jam
#Angka korban Palestin
#RTM
#kekejaman israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan