awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Wanita Malaysia ditahan bawa lebih 2kg dadah di pusat pemeriksaan Woodlands
DUNIA
10 maut, 15 cedera dalam insiden banjir lumpur di Colombia berhampiran Medellin
DUNIA
Pendaki Brazil maut terjatuh ke dalam gaung di Gunung Rinjani, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Atlet OKU didakwa rogol remaja bawah umur

Bernama
Bernama
01/08/2024
08:30 MYT
Sponsor Banner
Atlet OKU didakwa rogol remaja bawah umur
Ainur Haikal Danial Bahrudin, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang atlet Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, tahun lepas.
Ainur Haikal Danial Bahrudin, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Atlet OKU negeri kategori penglihatan itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berumur 15 tahun di Taman Kemang Tiruk, Serada di sini pada 30 Sept 2023 mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Riffin menawarkan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh namun peguam Najmi Adila Md Nasir daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jaminan rendah.
Najmi Adila berkata anak guamnya menanggung bapanya yang bekerja sebagai pekerja pembersihan dengan pendapatan RM1,200 sebulan, manakala ibunya juga seorang OKU kategori lembam.
Hakim Mohd Zul Zakiqudin kemudian membenarkan jaminan RM7,000 selain mengarahkan tertuduh melapor diri ke balai polis terdekat setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 2 Sept depan untuk sebutan semula kes dan keluarga tertuduh kemudian membayar jaminan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet OKU
#rogol remaja
#bawah umur
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami