KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkeupayaan membina dua lagi hospital medan bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 yang kian meningkat, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata penambahan dua lagi hospital medan itu adalah berdasarkan keanggotaan petugas kesihatan ATM yang sedia ada ketika ini.
"Walaupun ketika ini ATM mempunyai tiga hospital medan iaitu di Tawau, Sabah; Kapit, Sarawak; dan Kepala Batas, Pulau Pinang, kami (ATM) masih mampu mewujudkan dua lagi hospital medan.
"Sebenarnya ATM boleh membina lebih banyak hospital medan namun untuk menambahnya, ATM perlu mendapatkan penambahan kakitangan iaitu 30 doktor dan 100 petugas paramedik," katanya pada sidang media secara maya selepas melakukan lawatan kerja ke Pharmaniaga LifeScience di Puchong, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata dengan penambahan kakitangan itu ia akan dapat membina lebih banyak hospital medan serta menambah kelengkapan dan peralatan kesihatan yang lain dalam menguruskan COVID-19.
"Saya telah memohon perkara ini (tambah doktor dan petugas paramedik) kepada kerajaan untuk mempertimbangkannya...kita tunggulah keputusan daripada kerajaan," katanya.
Sementara itu di PULAU PINANG, unit rawatan rapi hospital medan di Kepala Batas yang dibangunkan dijangka mula menerima pesakit Selasa ini selepas melakukan 'dry run' esok.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang melawat hospital itu hari ini berkata terdapat banyak permohonan untuk mendirikan lebih banyak hospital medan di seluruh negara antaranya Negeri Sembilan dan Kelantan.
Bernama
Sun May 23 2021
Penambahan dua lagi hospital medan itu adalah berdasarkan keanggotaan petugas kesihatan ATM yang sedia ada ketika ini. - Gambar fail/ Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
944 pesakit COVID-19 terima rawatan di Hospital Medan di HSA - Hishammuddin
Sebanyak 944 pesakit telah menerima rawatan COVID-19 di Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sejak mulai 21 Jun lalu.
Satu lagi Hospital Medan ATM di HTAR, Klang tangani kes COVID-19 di Selangor - TPM
Sebuah lagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
QDF sedia kerjasama dengan Malaysia bantu pelarian Rohingya
Beliau berkata QDF juga akan menyalurkan sumbangan AS$50 juta (RM209.62 juta) kepada Malaysia bagi membantu menguruskan pelarian Rohingya di Malaysia.
Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin
Penghantaran pasukan pengaman Malaysia ke Palestin hanya akan dilakukan jika PBB memerlukan pembabitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi pengaman di negara bergolak.