KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan penglibatan anggota tentera ke Palestin seperti yang ditular menerusi platform Tik Tok, pada Ahad.
Markas ATM, dalam kenyataan pada malam Ahad, mengesahkan ia adalah video lama mengenai sekumpulan anggota ATM yang ditugaskan ke Lubnan pada 2022.
"ATM telah meneliti kandungan video tersebut dan mendapati ia merupakan sebuah video lama mengenai misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) bagi Kumpulan Malaysian Battalion 850- 10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan pada tahun 2022.
"ATM menafikan kandungan video tular tersebut dan mengesahkan bahawa ia adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Markas ATM meminta masyarakat agar tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak pasti atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.
"Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023
Markas ATM, dalam kenyataan pada malam Ahad, mengesahkan ia adalah video lama mengenai sekumpulan anggota ATM yang ditugaskan ke Lubnan pada 2022. - Gambar hiasan/Bernama
Suara Rakyat: Mangsa kebakaran Kampung Sri Aman Dua mohon rumah baharu
631 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua, Tawau merayu bantuan kepada kerajaan negeri untuk bina semula rumah mereka ranap dijilat api.
Tanah runtuh di Kota Belud, sembilan sekeluarga selamat
Seramai sembilan sekeluarga terpaksa keluar dari rumah berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan belakang rumah mangsa di Kampung Pituru Darat, Kota Belud.
Amaran ribut petir di Sarawak dan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak.
Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Nanga Buan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Nanga Buan, Ngemah Kanowit sekitar jam 1.50 petang Isnin.
Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.
Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.
Anwar bawa suara Malaysia, ASEAN di Davos 2025
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. WEF mengesahkan kehadiran Anwar menerusi hantaran di platform media sosial forum tersebut.
Kes denggi di Kemboja turun 46 peratus pada 2024
Kemboja melaporkan 18,987 kes demam denggi pada tahun 2024, penurunan mendadak sebanyak 46 peratus daripada 35,390 kes pada tahun sebelumnya, kata laporan Kementerian Kesihatan pada hari Ahad.
menurut laporan itu, Penyakit tersebut mengakibatkan 46 orang tahun lalu, turun 53.5 peratus daripada 99 kematian pada tahun sebelumnya
menurut laporan itu, Penyakit tersebut mengakibatkan 46 orang tahun lalu, turun 53.5 peratus daripada 99 kematian pada tahun sebelumnya
Jepun, Filipina dan AS tingkat kerjasama tangani isu perairan Asia
Jepun, Filipina, dan Amerika Syarikat akan mempererat kerjasama di bawah perjanjian tiga hala di tengah ketegangan yang meningkat di perairan Asia.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh pemimpin tiga negara tersebut selepas mengadakan panggilan bersama.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh pemimpin tiga negara tersebut selepas mengadakan panggilan bersama.
ASEAN siap sedia hadapi bencana keselamatan makanan
Agensi rizab beras kecemasan multilateral ASEAN sedang bersiap sedia untuk menangani bencana yang mungkin dicetuskan oleh perubahan iklim yang boleh mengancam keselamatan makanan di Asia Tenggara tahun ini.
COVID-19: 138 individu telah disaring di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mewujudkan kebimbangan kepada masyarakat setempat.