Skip to main content

Malaysia

ATM siasat anggota tentera tular muat naik kandungan aib

SHAH ALAM - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyiasat hantaran tular yang didakwa dimuat naik seorang anggotanya dengan kandungan berunsur mengaibkan sehingga mencemarkan imej pasukan berkenaan.  Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai hantaran berkenaan.
Tangkap layar hantaran tular memaparkan individu beruniform tentera dengan kapsyen mengaibkan.
Advertisement

SHAH ALAM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyiasat hantaran tular yang didakwa dimuat naik seorang anggotanya dengan kandungan berunsur mengaibkan sehingga mencemarkan imej pasukan berkenaan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai hantaran berkenaan.

Katanya, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan hantaran yang dimuat naik terbabit.

“Kita akan siasat,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sebelum itu, tular di aplikasi sosial Threads hantaran yang didakwa dimuat naik oleh seorang anggota tentera sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet kerana disifatkan boleh menjejaskan imej pasukan pertahanan terbabit.

Hantaran tersebut menunjukkan anggota memakai uniform Tentera Darat memuat naik video-video dengan kapsyen mengaibkan. -- Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement