awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aturan antarabangsa mesti dipelihara untuk tambah keyakinan terhadap keamanan dunia - Duta China

Bernama
Bernama
09/08/2023
15:39 MYT
Aturan antarabangsa mesti dipelihara untuk tambah keyakinan terhadap keamanan dunia - Duta China
Ouyang Yujing berkata, China berpegang teguh pada sistem antarabangsa dengan PBB sebagai terasnya. - Bernama
KUALA LUMPUR: Aturan antarabangsa sedia ada mesti dipelihara untuk menambah keyakinan terhadap keamanan dunia, kata Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Beliau berkata matlamat dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah landasan penting untuk memastikan kestabilan aturan antarabangsa yang telah menyediakan rangka kerja kukuh bagi pemodenan semua negara.
"Oleh itu, China berpegang teguh pada sistem antarabangsa dengan PBB sebagai terasnya, aturan antarabangsa yang disokong oleh undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa berlandaskan matlamat dan prinsip Piagam PBB.
"China tegas menentang semua tindakan hegemoni, angkuh dan membuli, menolak semua amalan luar biasa dan dwistandard," katanya semasa berucap pada jamuan makan malam Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-36 di sini, Rabu.
Acara tiga hari itu bertemakan 'An Age of Strategic Uncertainty' dan dijadual berakhir pada Khamis.
Teks ucapan beliau disediakan kepada Bernama oleh Kedutaan China di sini.
Ouyang turut menekankan mengenai kepentingan untuk mengukuhkan kesalinghubungan dan bersama mengejar kemakmuran.
"Pembangunan adalah penyelesaian muktamad kepada semua masalah utama dunia. Kita harus memastikan keutamaan diberikan kepada pembangunan, berwaspada agar tidak terpedaya dengan percaturan geopolitik atau keuntungan jangka pendek.
"Ini juga yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam "MALAYSIA MADANI", yang berasaskan enam nilai teras "kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan," katanya.
Diplomat itu juga berkata bahawa lebih banyak pertukaran budaya perlu dijalankan untuk meningkatkan persefahaman dan kepercayaan bersama, terutamanya dalam kalangan golongan muda.
"Kita harus membiarkan lebih ramai orang belajar bahawa perbezaan bukan untuk saling membenci sebaliknya untuk memahami dan menghormati.
"Dialog antara Islamism dan Konfusianisme" yang dianjurkan oleh Anwar menjadi contoh yang baik untuk diikuti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keamanan dunia
#Duta China
#Ouyang Yujing
#PBB
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan