awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATV masuk parit, dua warga emas maut

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
22/12/2022
13:35 MYT
ATV masuk parit, dua warga emas maut
Menurut bomba, kedua-dua mangsa yang berumur lingkungan 60-an, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai lemas. - Foto ihsan JBPM
PONTIAN: Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan jenis All Terrain Vehicle (ATV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit berhampiran Jalan Kampung Seri Gambut, Pekan Nanas, di sini pada malam Khamis.
Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan Dua Hairon Nizam Zainal, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu sekitar jam 7.06 malam
Katanya, kedua-dua mangsa yang berumur lingkungan 60-an, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai lemas.
"Satu jentera FRT dan satu Utiliti dari BBP Pekan Nenas dengan kekuatan keseluruhan seramai enam orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.
"PKO bertindak mengeluarkan penunggang dan pembonceng kenderaan ATV itu untuk memberikan rawatan awal namun tiada tindak balas.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Beliau berkata, operasi menyelamat yang berlangsung selama sejam itu ditamatkan sekitar 8.03 malam.
Topic Berkaitan
#ATV
#warga emas
#Jalan Kampung Seri Gambut
#kenderaan terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan