awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Audio 'Can I advise you something?': Itu bukan suara saya dan Najib - Rosmah

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2021
08:49 MYT
Audio 'Can I advise you something?': Itu bukan suara saya dan Najib - Rosmah
Rosmah turut menyifatkan isi kandungan rakaman tersebut sebagai 'mengarut'. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menafikan suara wanita dalam rakaman audio ‘Can I advise you something?' adalah suaranya.
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu turut menyifatkan isi kandungan rakaman tersebut sebagai mengarut semata-mata.
Selain itu, Rosmah ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram berhubung kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid RM1.25 bilion turut menafikan bahawa suara lelaki di dalam rakaman tersebut adalah suaminya.
Pada prosiding sebelum ini, dua saksi pendakwaan, iaitu bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor menyatakan suara dalam rakaman audio itu adalah milik Rosmah dan Najib.
Terdahulu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan tiada keperluan pada ketika ini untuk menyatakan Datin Seri Rosmah telah berbohong ketika memberi keterangan di mahkamah.
Pada peringkat awal perbicaraan, pihak pendakwaan memulakan prosiding mencabar kredibiliti tertuduh dengan mengemukakan percanggahan yang dibuat olehnya sewaktu memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewaktu siasatan dijalankan dengan keterangannya di mahkamah.
Rosmah kini sedang dibicarakan atas satu tuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Topic Berkaitan
#audi rakaman
#Rosmah Mansor
#isteri bekas perdana menteri
#Najib Razak
#can i advise you something
#Gopal Sri Ram
#Rizal Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan