awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia hargai peranan Malaysia teraju ASEAN, iktiraf Palestin di PBB - PM Anwar

Bernama
Bernama
21/08/2025
10:50 MYT
Australia hargai peranan Malaysia teraju ASEAN, iktiraf Palestin di PBB - PM Anwar
Kunjungan hormat Richard Marles memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Australia, serta membuka ruang kerjasama strategik. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Australia mengalu-alukan peranan penting Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN termasuk dalam mengendalikan konflik Myanmar, usaha gencatan senjata Kemboja-Thailand serta proses kemasukan Timor-Leste sebagai anggota baharu blok serantau itu.

Ringkasan AI
  • Australia memuji kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, khususnya dalam menangani konflik Myanmar, memediasi gencatan senjata Kemboja-Thailand dan menyokong kemasukan Timor-Leste sebagai anggota baharu blok serantau.
  • Malaysia menyambut baik hasrat Australia untuk mengiktiraf negara Palestin pada sesi ke-80 PBB yang dijadual berlangsung September ini.
  • Kunjungan hormat Richard Marles memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Australia, serta membuka ruang kerjasama strategik dalam ekonomi, teknologi, pertahanan dan keselamatan serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disampaikan kepada beliau ketika menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia Richard Marles hari ini.
"Malaysia turut menyambut baik hasrat Kerajaan Australia untuk mengiktiraf negara Palestin pada Sesi Ke-80 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September kelak," katanya menerusi hantaran Facebook.
Anwar berkata kunjungan hormat itu adalah sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak 1957.
Beliau berkata pertemuan itu membuka ruang pertukaran pandangan untuk mempererat kerjasama strategik dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, pertahanan serta keselamatan serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Menteri Pertahanan Australia
#Richard Marles
#Palestin
#hubungan Malaysia-Australia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan