KUALA LUMPUR: Sejauh mana anda boleh pergi dengan menggunakan teknologi Kenderaan Elektrik (EV) untuk sampai ke satu-satu destinasi?
Berapakah jumlah stesen pengecasan yang tersedia untuk pengguna EV di setiap negeri di Malaysia?
Here Technologies, sebuah platform data dan teknologi lokasi terkemuka telah membangunkan dua peta interaktif bagi memudahkan urusan pengguna berkaitan EV di Malaysia.
Dengan adanya peta interaktif ini, para pencinta alam sekitar tidak lagi perlu bimbang tentang lokasi stesen pengecasan sekiranya ingin memandu di sekitar negara termasuk Singapura.
Ia juga memaparkan peta interaktif untuk membolehkan pengguna membandingkan sejauh mana mereka boleh pergi dari mana-mana tempat di Malaysia (dan Singapura) mengikut kepada tiga jenis kenderaan bersaiz: (kompak dan hatchback), (sederhana) dan (pikap dan SUV).
Malah Menurut Pengarah Kanan dan Ketua Perniagaannya, Abhijit Sengupta, dengan teknologi ini, perancang bandar turut mendapat manfaat dengan menentukan lokasi yang masih belum mempunyai pusat pengecasan mencukupi mengikut kepada kepadatan penduduk sesuatu tempat.
Buat masa ini, hanya 10 negeri yang disenaraikan dalam peta interaktif tersebut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Sarawak.
Dengan pengecualian cukai jalan, duti import, eksais sebagai memberi galakan lebih ramai pengguna EV, terdapat kira-kira 500 EV dan 600 titik pengecasan disediakan di Malaysia setakat Mac 2022.
Faris Danial Razi
Wed Jun 01 2022
Dengan adanya peta interaktif ini, para pencinta alam sekitar tidak lagi perlu bimbang tentang lokasi stesen pengecasan sekiranya ingin memandu di sekitar negara termasuk Singapura. - Gambar hiasan
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).
ASEAN terus catat pertumbuhan EV, pasaran global perlahan
ASEAN menyumbang sebanyak 6.2 peratus dari segi bahagian jualan kereta FE dengan enam pasaran pada 2023 berbanding 1.6 peratus pada 2022.
Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul
Pelaksanaan subsidi bersasar pada masa akan datang seperti yang dipertimbangkan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pelaburan asing dalam negara.
MOSTI pastikan teknologi dan inovasi negara selaras perkembangan ekonomi
MOSTI akan memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif sains, teknologi dan inovasi negara berada pada landasan tepat selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Kerajaan beri fokus penyediaan pengecas EV jenis DC, tangani 'range anxiety'' - MITI
Kerajaan akan memberi fokus kepada penyediaan kemudahan pengecas EV jenis DC bagi menangani isu range anxiety atau kebimbangan jarak yang dihadapi oleh pengguna EV untuk perjalanan jauh.
MBSA laksanakan projek rintis pemasangan pengecas kenderaan elektrik di PBT
Projek rintis itu dilaksanakan susulan garis panduan memasang pengecas kenderaan EV dikeluarkan kerajaan Persekutan pada September 2023.
MITI cadang 'one-time subsidy' untuk pemilikan kenderaan EV
Chin Tong berkata cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC).
'EV China akan musnahkan syarikat lain jika halangan tidak dikenakan' - Elon Musk
Adakah syarikat kenderaan elektrik (EV) China bakal memusnahkan syarikat EV negara lain dalam masa terdekat?
China kini pengeksport kenderaan terbesar dunia
Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA) mendedahkan data terbaharu yang menunjukkan China berjaya memintas Jepun sebagai pengeksport kenderaan terbesar dunia tahun lalu.