awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBSA laksanakan projek rintis pemasangan pengecas kenderaan elektrik di PBT

Bernama
Bernama
29/02/2024
20:15 MYT
MBSA laksanakan projek rintis pemasangan pengecas kenderaan elektrik di PBT
Jamaliah berkata, projek rintis itu dilaksanakan susulan garis panduan memasang pengecas kenderaan EV dikeluarkan kerajaan Persekutan pada September 2023. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika ini sedang menjalankan projek rintis bertujuan merumuskan garis panduan komprehensif untuk pemasangan pengecas kenderaan elektrik (EV) bagi peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, projek rintis itu dilaksanakan susulan garis panduan memasang pengecas kenderaan EV dikeluarkan kerajaan Persekutan pada September 2023.
"Projek rintis yang dijalankan MBSA ini lebih tertumpu keadaan PBT dan kawasan di bawah kerajaan Selangor bagi dapatkan maklum balas sebelum melaksanakan insentif berkenaan," katanya.
Jamaliah menjawab pertanyaan tambahan Dr Afif Bahardin (PN-Taman Medan) sama ada kerajaan Selangor bercadang untuk mewajibkan penyediaan tempat mengecas kenderaan EV di projek pembangunan perumahan baharu.
Beliau berkata, berdasarkan rekod kerajaan negeri, sebanyak 681 unit jumlah Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) di Selangor telah dibina, melibatkan usaha kerajaan dan pihak swasta setakat ini.
Katanya, kerajaan negeri mengalakkan penggunaan kenderaan EV dengan sasaran menyediakan 1,000 EV unit ruang pengecasan menjelang 2025.
"Pada masa sama, kerajaan negeri melalui PBT seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menyediakan skim parkir percuma kepada pengguna kenderaan hibrid dan elektrik sejak 2011.
"Selain itu, kerajaan Selangor dalam peringkat akhir perbincangan berkenaan cadangan pemberian insentif sebagai usaha meningkatkan penggunaan kenderaan EV dengan menyebar luas pelaksanaan skim parkir percuma untuk penggunanya di seluruh negeri oleh PBT untuk dilaksanakan tahun ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#EV
#shah alam
#kenderaan elektrik
#stesen pengecas
#MBSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan