awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AWANI Borneo rangkul perak Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2023

Devonshire Sikem
Devonshire Sikem
24/11/2023
15:31 MYT
AWANI Borneo rangkul perak Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2023
Wartawan AWANI Borneo, Nuzuluddin Abdul Razak serta juruvideo Muhammad Iqbal Syahiran Affindi membawa pulang trofi, sijil serta wang tunai RM2,000. - Foto Astro AWANI
KUCHING: AWANI Borneo merangkul Anugerah Perak untuk Kategori Kewartawanan Penyiaran pada Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2023.
Menerusi liputan berita 'Jamin Produktiviti Lembu Bermutu Industri Penternakan Menggunakan Sistem Permanian Beradas (AI)', wartawan AWANI Borneo, Nuzuluddin Abdul Razak serta juruvideo Muhammad Iqbal Syahiran Affindi membawa pulang trofi, sijil serta wang tunai RM2,000.
"Laporan ini saya hasilkan selepas membuat kajian secara menyeluruh tentang permintaan daging di Sarawak, kerana permintaan daging semakin meningkat sepanjang tahun.
"Dan permanian berhadas atau artificial insemination ini sangat penting atau program sistem penternakan yang paling utama menggunakan teknologi penggunaan AI ini untuk meningkatkan kapasiti dan juga bekalan daging di Sarawak," kata Nuzuluddin.
Seramai 353 penyertaan telah diterima pada edisi ke-35 Anugerah Kewartawanan Kenyalang pada tahun ini.
Secara keseluruhan, Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2023 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM250,000.
Topic Berkaitan
#awani borneo
#rangkul perak
#Kategori Kewartawanan Penyiaran
#Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2023
#Nuzuluddin Abdul Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan