KALI pertama kami ke kota Amasya adalah lima tahun yang lalu. Hairan, kotanya cantik dengan landskap bergunung-ganang berbatu, dan dibelah Sungai Yeşilırmak yang indah. Sekalipun begitu, trafik pelancong dari luar Turkiye terlihat sangat kurang. Terdetik juga di dalam hati, mengapa kota seunik ini dengan pesona seperti kota klasik Cambridge di England sepi dari pelancongan?
Untuk menambah dramatik lagi, apabila kedatangan kami disapa mesra oleh seorang pakcik segak berjaket dan dikelilingi oleh beberapa lelaki sasa. Rupanya kami disapa dan diberi salam selamat datang dari Dr. Osman Varol yang ketika itu ialah Gabenor Amasya.
Katanya, agak aneh melihat sekelompok wajah Asia mengambil angin di dataran Atatürk Anıtı yang mana pejabat rasmi gabenor hanya sepelaungan dari situ. Di Turkiye, gabenor berpangkat setara dengan menteri besar di negeri-neger Malaysia.
Beliau sanggup turun dan bergambar dengan kami dan keesokan harinya, kami berada di dalam dada akhbar Amasya Objektif, akhbar rasmi Wilayah Amasya. Bangga juga kami sebagai satu-satunya syarikat travel ketika itu dari Malaysia yang menganjurkan lawatan ke kota bersejarah yang jarang dipandang oleh pelancong.
Kami berjalan di kota ini pada waktu siang dan malam. Kedua-duanya menjanjikan landskap yang sangat menarik. Magnet yang membawa kami ke sini tidak lain dan tidak bukan ialah calitan sejarah emas kegemilangan tempat ini yang menjadi “madrasah alam” pembinaan karakter khalifah-khalifah Uthmaniah.
Umum mungkin lebih mengenali ikon Uthmaniah bernama Sultan Mehmet Alfateh yang digelar sebagai Mehmet The Conqueror oleh sejarawan barat selepas baginda berjaya menembusi Kota Konstantinopal.
Maka perjalanan kami membawa matlamat menyusur sejarah yang lazimnya sangat membosankan. Namun tidak begitu, kerana sejarah yang kami cari itu menjadi inti utama yang dibalut dengan keindahan Amasya. Banyak peninggalan dinasti empayar Uthmaniah sehinggalah binaan-binaan peninggalan legasi kerajaan Pontus yang berusia lebih 2000 tahun lalu juga masih terpelihara.
Kami mulakan dengan mendaki kuburan raja-raja Pontus. Perjalanan mendaki ini agak mudah kerana hanya melalui tangga. Tidak semua yang sanggup mendaki. Pada kami, bukan sangat tentang kuburan itu yang menarik hati kami mendaki tetapi di pelantaran kubur itu ada pemandangan kota Amasya yang paling majestik untuk dilayankan.
Bagi yang tidak sanggup untuk mendaki, mungkin menghirup cayi (teh Turkiye) panas di bawah kota itu adalah alternatif paling bijak. Pada waktu ini, cayi yang rasanya biasa boleh jadi mewah apabila dihirup di pekarangan medan tengah Kota Lama Ottoman di Amasya.
Selepas menghirup cayi dan juga setelah kami turun dari kuburan Raja Pontus, kami sekadar berjalan kaki untuk ke lokasi bersejarah seterusnya iaitu ke Yakup Paşa-çilehane Cami, yang menjadi madrasah pendidikan putera-putera Uthmaniah termasuk Sultan Mehmet Alfateh.
Perjalanan kami berjalan kaki juga melalui lorong-lorong bersih dan cantik dengan keunikan seni bina lama Kota Uthmaniah. Tak sedar jauhnya berjalan kerana melayani aksi berfoto di sana sini akhirnya tiba di destinasi dituju.
Banyak keunikan bukan sekadar pada seni bina dan monumen yang masih terpelihara walaupun telah berusia ratusan tahun lamanya, malah Amasya sangat kaya dengan sejarah. Ini juga kota sama yang menjadi tempat Mustafa Kamal Ataturk membincangkan siyasah pembebesan Turki dari kekuasaan Uthmaniah. Tempat rundingan beliau di Ataturk Cafe masih beroperasi sehingga ke hari ini.
Kami cadangkan untuk yang berminat membeli-belah, di sinilah tempat termurah di seluruh Turkiye. Pelawat boleh terus meneroka ke lorong Igneci Baba dan lorong Kocacik. Disebabkan kurang aliran trafik pelancong luar negara ke Amasya, kedua-dua lorong ini tidak tercemar dengan manipulasi harga pelancong. Dalam kata lain, lorong inilah antara lorong yang menawarkan harga termurah di Turkiye.
Sebelum meninggalkan Amasya, sebaiknya mengambil angin sedikit di Sungai Yeşilırmak dengan menaiki bot klasiknya untuk pelayaran sekitar 15-20 minit dengan bayaran sekitar RM10 setiap seorang.
Kami di Rarecation akan terus meneroka kota ini, biasanya pada setiap musim sejuk pada cuti sekolah Disember setiap tahun. Amasya satu kota tidak komersial namun sangat mendamaikan. Tidak seperti Megalopolis Istanbul yang penuh hiruk-pikuk dan kesombongan manusia, tetapi Amasya kota lama penuh keramahan bangsa Turki dan bangsa Armenia yang sangat tinggi kesantunan budinya. Kami tenang di Amasya dan pasti kembali lagi setiap tahun.
* Artikel oleh Saiful Nang, RareTV
RareTV
Sun Sep 24 2023
Kumpulan pengembara bergambar bersama-sama menunding ke arah kuburan raja-raja Pontus yang bakal didaki. - RareTV
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
AWANI-RareTV: Amasya kota Putera Uthmaniah yang dilupakan
Dapat dilihat peninggalan dinasti empayar Uthmaniah sehinggalah binaan-binaan legasi kerajaan Pontus yang masih terpelihara.