BALI: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10 yang bermula di sini, hari ini.
Antara pemimpin yang menghadiri mesyuarat itu ialah dari Fiji, Perancis, Hungary, Maghribi, Belanda, Papua New Guinea, Sri Lanka, Tajikistan dan Emiriah Arab Bersatu, manakala wakil organisasi global yang hadir termasuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan Majlis Air Sedunia (WWC).
Ketibaan Fadillah dan kenamaan lain di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, Nusa Dua disambut Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, diikuti acara perasmian yang turut dihadiri pemilik syarikat SpaceX, Elon Musk.
Dalam ucapan pembukaan, Jokowi berharap dunia dapat berganding bahu secara berterusan bagi mengukuhkan komitmen kerjasama dalam mengatasi cabaran global berkaitan air dan memelihara air untuk kemakmuran masa depan.
"Dari 72 peratus permukaan bumi yang dilitupi air, hanya satu peratus yang boleh diakses dan digunakan sebagai air minum dan keperluan sanitasi.
Malah pada tahun 2050, 500 juta petani kecil yang menyumbang 80 peratus bekalan makanan dunia dijangka menjadi paling terdedah kepada masalah kekeringan," katanya.
Menurut Jokowi, Indonesia, sebagai negara dengan keluasan kawasan perairannya mencapai 65 peratus, mempunyai ramai pakar tempatan dalam pengurusan air dari sepanjang garis pantai, pinggiran aliran sungai, hingga ke tepian tasik.
"Di Indonesia, kolaborasi telah menjadi kunci kejayaan dalam memulihkan Sungai Citarum di Jawa Barat serta pengembangan tenaga hijau, solar panel terapung di empangan Cirata, terbesar di Asia Tenggara dan ketiga di dunia," katanya.
Sementara itu, Musk menyatakan optimisme mengenai penyelesaian masalah air dan tenaga untuk masa depan dunia. Beliau memuji usaha Indonesia dalam program penghutanan semula bakau dan menekankan perlunya mengelakkan rasa berpuas hati.
Beliau turut membincangkan tentang kekayaan air di bumi, dengan menyatakan bahawa makhluk asing mungkin akan memanggil planet kita sebagai "air" dan bukannya "bumi". Musk berhujah bahawa krisis air dapat diselesaikan dengan kemajuan berterusan dalam teknologi penyahgaraman.
"Walaupun penyahgaraman dan pengangkutan air diperlukan, kos penyahgaraman kini sangat murah. Oleh itu, ketersediaan air tawar sebenarnya bergantung kepada tenaga dan pengangkutan," katanya.
Forum Air Sedunia (WWF) yang diadakan setiap tiga tahun dianjurkan bersama oleh Majlis Air Sedunia (WWC) dan negara tuan rumah. Acara tahun ini yang bertemakan "Air untuk Kemakmuran Bersama" berlangsung dari 18 hingga 21 Mei.
Forum ini bertujuan untuk menggalakkan kerjasama global dan mempromosikan tindakan dalam mengenal pasti isu-isu semasa berkaitan pengurusan air melalui penyelesaian yang bersepadu. Fokus utamanya termasuk pemuliharaan air, air bersih, keselamatan makanan dan tenaga, serta pengurangan bencana.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Fadillah ketika menghadiri Forum Air Dunia (WWF) Kali Ke-10 di Bali International Convention Centre (BICC), hari ini. - Gambar/ Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Banjir: Kerajaan perlu RM392 bilion laksana RTB di kawasan berisiko - Fadillah
Kerajaan memerlukan peruntukan RM392 bilion bagi melaksanakan 365 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan risiko banjir.
AI perlu diguna lebih meluas dalam pembangunan bandar raya - Fadillah
Teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu digunakan dengan lebih meluas dalam pengurusan bandar raya.
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Mesyuarat bincang pembangunan infrastruktur sempadan Malaysia-Indonesia Disember ini - Fadillah
Perincian mengenai pembangunan infrastruktur di sepanjang sempadan Malaysia melibatkan Sarawak dan Sabah dengan wilayah Kalimantan, Indonesia akan menjadi antara agenda mesyuarat Disember ini.
PETRA anjur sesi libat urus pertama bersama media, fahami peranan
Fadillah berkata sesi bersama pengurusan tertinggi dan pegawai PETRA adalah julung kali dianjurkan sejak kementerian itu diwujudkan.
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Kerajaan MADANI komited tambah baik perkhidmatan demi masa depan rakyat - Fadillah
Kerajaan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak dan memastikan kepentingan setiap kumpulan komuniti terjaga.