Awas! Berhati-hati dengan barangan yang dijual di laman membeli belah secara talian.
Ini berikutan penangkapan kumpulan ‘Geng Honda’ yang aktif melakukan kegiatan mencuri motosikal di sekitar Klang dari awal tahun dimana barang akan dijual di dalam laman web e-mudah.com.
Tiga anggota sindiket itu yang berumur lingkungan 20an berjaya diberkas di sekitar Klang pada Selasa dan Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Muhamad Mat Yusof berkata, tangkapan dilakukan semasa rondaan dilakukan di sebuah pasaraya di Jalan Kampung Jawa dimana pihak polis terserempak dengan seorang lelaki yang mencurigakan.
“Pihak polis telah memperkenalkan diri tetapi suspek cuba melarikan diri dimana berlaku satu pergelutan dan suspek berjaya ditangkap,” kata Muhammad.
Hasil pemeriksaan ke atas lelaki tersebut pihak polis telah menemui dua batang ‘Allen Key’ yang telah diubahsuai bertujuan untuk digunakan mencuri motosikal.
Siasatan lanjut membawa pihak polis ke sebuah rumah di Jalan Kota Raja, Klang dimana seorang lagi suspek Berjaya ditahan dan dua buah enjin motosikal yang disyaki dicuri turut ditemui.
“Pada keesokan harinya, seorang lagi suspek dipercayai ketua kumpulan ini yang digelar ‘Honda’ oleh rakan-rakannya berjaya ditahan di rumahnya di Sungai Jati, Klang,” tambah Muhamad.
Selain itu, polis turut merampas lima buah motosikal termasuk empat buah enjin, dua rangka motosikal dan pelbagai jenis komponen.
“Hasil siasatan polis mendapati kebanyakkan motosikal dan komponen-komponennya yang dicuri ini akan dileraikan sebelum dijual,” kata Muhamad.
Dipercayai juga kumpulan ini telah terlibat dengan lebih 20 buah kes kecurian motosikal di sekitar Klang Utara, Shah Alam dan Petaling Jaya.
“Dengan tertumpasnya kumpulan ini, kami percaya sebanyak sembilan kes termasuk dua di Klang Selatan telah berjaya diselesaikan,” tambah beliau.
Suspek kini ditahan reman selama seminggu.
Astro Awani
Thu Dec 06 2012
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis
Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan mencuri enjin motosikal jenis Yamaha RXZ pada Julai lepas.
Curi kabel TM di Pulau Pinang, polis tahan 16 lelaki
Susulan operasi, sekurang-kurangnya lapan kes curi kabel berjaya diselesaikan iaitu di Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan.
Pasangan kekasih curi motosikal dicekup
Supt Juna berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di Kuala Kurau pada 2.30 petang.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Tiga calon SPM ditahan curi EX5
Mereka ditahan bersabit kesalahan mencuri motosikal yang berlaku di daerah Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Terengganu.
'Mat Mata' diberkas lagi, ketuai kumpulan curi motosikal selepas keluar penjara
Suspek dihukum penjara lapan bulan kerana mencuri motosikal pada Februari lepas, selain perlu jalani pengawasan polis selama setahun hingga Oktober 2024.
Polis Shah Alam cekup dua geng curi motosikal
Kesemua yang ditahan didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk jenayah curi motosikal dan dadah, selain ada di antara mereka yang baru dibebaskan daripada penjara.
Polis tahan geng curi motosikal 'Adam EX5' dan 'Haikal LC'
Kesemua yang ditahan berumur 15 hingga 22 tahun, dan empat daripada mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah.
Geng remaja curi motosikal EX5 tumpas
Semua remaja lelaki berusia 13 hingga17 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di Melaka Tengah.
Kes jenayah di Terengganu turun sebanyak 16 peratus
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata penularan pandemik COVID-19 menjadi antara faktor penurunan kes jenayah di negeri itu.