awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azalina beri amaran, pihak dakwa pewaris Kesultanan Sulu sasar tuntut GLC negara

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2023
09:37 MYT
Azalina beri amaran, pihak dakwa pewaris Kesultanan Sulu sasar tuntut GLC negara
Datuk Seri Azalina Othman Said memberi amaran bahawa kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu akan menggunakan pelbagai cara demi menuntut aset negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said memberi amaran bahawa kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu itu akan menggunakan pelbagai cara demi menuntut aset negara.
Azalina mendakwa, kumpulan tersebut mungkin menyasarkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam usaha mereka menggugat kedaulatan negara.
Menurut beliau, Agensi Perkapalan Boustead dan Malaysia Airlines antara contoh syarikat yang mungkin menjadi sasaran seterusnya.
“Daripada penilaian kami, sasaran seterusnya selain Petronas ialah Bousted Shipping, Malaysia Airlines semua aset lain yang kita ada, jadi kita perlu bersedia dan sangat peka tentang perkara ini,” katanya.
Beliau demikian ketika sesi taklimat mengenai isu tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu bersama Ahli-Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.
Azalina, dalam masa sama menggesa Ahli-Ahli Parlimen daripada kerajaan mahupun pembangkang bersatu dalam isu kedaulatan negara yang melibatkan tuntutan tidak berasas itu serta membangkitkan isu itu ketika membahaskannya di Dewan Rakyat.
Untuk rekod, kumpulan yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu telah memohon timbang tara antarabangsa untuk mendapatkan AS$14.92 bilion daripada Putrajaya sebagai tindak balas kepada Malaysia memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 untuk Sabah kepada kesultanan Sulu pada 2013.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#kesultanan sulu
#kedaulatan negara
#Malaysia Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan