KUALA LUMPUR: Tan Sri Azam Baki yang dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk setahun lagi bertekad untuk terus menjadikan agensi itu sebagai sebuah badan penguat kuasa yang terunggul di dunia.
Pada masa yang sama, katanya, beliau mahu meneruskan usahanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas rasuah selaras dengan visi suruhanjaya itu.
"Saya akan meneruskan usaha saya dalam mencegah rasuah secara maksimum dan berkesan di negara ini bagi mencapai visi SPRM yang kita impikan iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas rasuah dan SPRM sebagai pasukan penguat kuasa yang terunggul di dunia," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Azam turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan pada Rabu memaklumkan Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa Jumaat ini.
Menurutnya, pelantikan itu adalah selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Azam mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020.
Beliau menggantikan Latheefa Beebi Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.
Umavathi Ramayah
Wed May 10 2023
Azam Baki mahu meneruskan usahanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas rasuah selaras dengan visi suruhanjaya itu. - Foto fail/BERNAMA
Mesyuarat Khas WEF, Perdana Menteri dan Pemimpin Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Hubungan bilateral ASEAN tetap kukuh walaupun mungkin ada perbezaan- Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara tiada masalah menjalin hubungan dengan anggota ASEAN sebagai satu kumpulan walaupun mungkin terdapat perbezaan. Beliau berkata demikian ketika bercakap di World Economic Forum pada Ahad.
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Pelaburan dari negara luar, negara harus menyahut cabaran baharu-Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap di World Economic Forum pada Ahad mengakui bahawa dengan pelaburan daripada negara-negara luar, pelbagai cabaran yang baharu Kerajaan Malaysia harus sahut.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
'Bulan madu dah tamat, sekarang pergi tangkap lebah' - titah Agong kepada Azam Baki
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin bertitah bahawa memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan Baginda.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.