awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/05/2023
06:53 MYT
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Pelantikan semula Azam dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan, hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun, berkuat kuasa 12 Mei ini.
Pelantikan semula Azam dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan, hari ini.
Menurut Mohd Zuki, pelantikan tersebut diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].
Azam sudah berkhidmat selama 36 tahun dengan SPRM, yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR).
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama BPR/SPRM sejak tahun 1984, Azam telah melaksanakan tugas dalam pelbagai bidang antaranya sebagai Pegawai Penyiasat, Pegawai Perisikan, Pegawai Pendakwaan serta tugas sampingan dalam aktiviti pendidikan masyarakat.
Beliau juga pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam SPRM, antaranya sebagai Pengarah Bahagian Perisikan, Pengarah Bahagian Siasatan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi).
Atas pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan di BPR/SPRM, Azam telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Mohd Zuki Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan