awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizah: Bantuan yuran taska hanya untuk Taska yang berdaftar dengan JKM

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
11/12/2013
09:52 MYT
Azizah: Bantuan yuran taska hanya untuk Taska yang berdaftar dengan JKM
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.
Bantuan Yuran Pengasuhan Taska 2014 yang diumumkan sewaktu pembentangan Bajet 2014, hanya akan disalurkan kepada kanak-kanak yang dihantar ke Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata taska yang tidak berdaftar dengan JKM tidak akan disalurkan dengan bantuan yang akan memberi manfaat kepada ibu-bapa yang berpendapatan kurang daripada RM900.
“Tahun ini sahaja, jumlah taska yg berdaftar dgn JKM ialah sebanyak 3,088.
“Yang baru sahaja berdaftar adalah sebanyak 1,042. Kita sasar hanya 1,000 taska berdaftar tahun ini. Ini sedah lebih daripada sasaran kita.
“Jadi, untuk dapatkan manfaat bantuan yuran pengasuhan ini, ibu-bapa berkenaan kena hantar anak-anak mereka ke taska yang berdaftar,” katanya semasa sesi soal dan jawab di Dewan Negara.
Azizah berkata demikian semasa menjawab soalan daripada Datuk Jaspal Singh yang ingin tahu bagaimana warga miskin yang mempunyai anak-anak yang belajar di taska dibawah JKM boleh mendapat manfaat daripada bantuan ini.
Azizah berkata bantuan RM250 sebulan itu boleh didapatkan dengan memuat turun borang permohonan dari laman sesawang JKM.
“Ibu-bapa yang layak harus mengemukakan nama taska anak-anak mereka kepada JKM,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semasa mengumumkan bantuan yuran tersebut di bawah Bajet 2014, telah berkata bantuan itu dapat memanfaatkan seramai 3,334 kanak-kanak di bawah usia empat tahun dengan peruntukan RM15 juta.
Topic Berkaitan
#Bantuan Yuran Pengasuhan Taska
#Datuk Azizah Mohd Dun
#jkm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan