Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man hari ini membidas tindakan sesetengah pihak yang mendakwa beliau berpolitik di dalam masjid sehingga isu itu tular menerusi media sosial semalam.
Katanya perbuatan yang tidak berdasarkan fakta itu adalah politik kotor yang bertujuan mencemarkan imejnya.
"Cari kelemahan dalam pentadbiran kerajaan untuk saya jawab jika ada, ini barulah profesional," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program Jualan Sentuhan Rakyat dan Perasmian Program KEMAS 4U Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong di sini, hari ini.
Azlan yang juga calon Barisan Nasional untuk DUN Bintong menjadi sasaran pengguna media sosial apabila isu beliau memberi sumbangan bersempena Ramadan kepada golongan kurang bernasib baik di sebuah masjid dipesongkan seolah-olah beliau berucap mengenai politik di dalam masjid, sekali gus melanggar titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail baru-baru ini.
"Saya bukanlah rakyat yang mencabar kedaulatan raja, tambahan pula dalam kedudukan saya sebagai menteri besar, jadi tak payah guna isu begini dengan tujuan politik murahan dalam masa sama nak cemarkan nama saya," katanya lagi.
Azlan turut mengingatkan semua pihak agar mengkaji maklumat yang tersebar sebelum membuat rumusan bagi menghindari fitnah.
Sementara itu mengenai beberapa insiden melibatkan calon gabungan pembangkang PKR yang hilang kelayakan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14, Azlan berkata dari situ rakyat boleh menilai kemampuan pembangkang untuk mentadbir negara.
"Kalau dalam urusan penamaan calon pun tak boleh teliti macam mana nak tadbir sesebuah negara?," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu..
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 29 2018
Azlan turut mengingatkan semua pihak agar mengkaji maklumat yang tersebar sebelum membuat rumusan bagi menghindari fitnah. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Saya ada hutang tapi bukan dengan ah long' - Calon PN
Calon PN, Khairul Azhari Saut menegaskan perkara tersebut merupakan fitnah jahat terhadap dirinya.
Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat.
Kuota untuk jemaah Malaysia tunai haji tahun ini telah penuh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan bahawa kuota 31,600 untuk untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini telah pun penuh.
AS tidak sokong operasi ketenteraan Israel di Rafah
Amerika Syarikat tidak melihat rancangan Israel untuk meletakkan operasi ketenteraan di Rafah adalah sebagai satu rancangan yang selamat dan komprehensif
Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat - Bomba Perak
Kedua-dua mangsa yang selamat itu, Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih tersebut pula, Le Ho Jia, 20, cedera di muka.
39 disahkan maut, puluhan masih hilang
Hujan lebat yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil mengorbankan sekurang-kurangnya 39 mangsa, kata pihak berkuasa tempatan yang menjangkakan peningkatan angka kematian kerana puluhan lagi masih hilang.
Agong, Permaisuri zahir ucapan penghargaan kepada warga JBPM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas khidmat dan bakti mereka kepada negara dan masyarakat.//
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
[TERKINI]Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat Jawi
Hari ini berlangsung majlis ramah mesra masjid dan surau Jumaat Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka.
Untuk laporannya bersama wartawan Madiha Abdullah.
Untuk laporannya bersama wartawan Madiha Abdullah.
Kes tuntutan palsu, AMLA babit Azlan Man dibicara tahun depan
Mahkamah Sesyen menetapkan perbicaraan kes mengemukakan tuntutan palsu RM1.18 juta dan menerima hasil daripada aktiviti haram (AMLA) membabitkan bekas Menteri Besar Perlis, bermula Julai tahun depan.
Azlan Man akan kemuka representasi kaji 10 pertuduhan
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan mengemukakan representasi kepada AGC bagi mengkaji 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.
10 kes tuntutan palsu, AMLA Azlan Man dibicarakan bersama
Azlan Man, 64, sebelum ini dituduh atas lima kes mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis sementara lima kes AMLA di mahkamah sama di Kuala Lumpur.
Kes tuntutan palsu bekas MB Perlis, Azlan Man dipindah ke Mahkamah KL
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rehab Abdul Shukur.
Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta
Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas lima pertuduhan terima wang haram berjumlah RM1.06 juta.
Bekas MB Perlis akan didakwa lagi esok
Azlan, 65, dijangka dituduh berdasarkan jemputan liputan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Azlan Man hadapi lima tuduhan tuntutan palsu bernilai lebih RM1.18 juta
Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan tuntutan palsu berjumlah lebih RM1.18 juta.
Bekas MB Perlis tiba di mahkamah bagi pertuduhan di bawah Akta SPRM
Azlan tiba bersendirian kira-kira 8.15 pagi dan terus masuk ke Mahkamah Sesyen 1.
Pemilihan UMNO: Azlan Man, Mohamad Ali gagal pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian
Azlan tewas kepada bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.
PRU15: Azlan Man gagal pertahan kerusi DUN Bintong
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, Datuk Seri Azlan Man gagal mempertahankan kerusi itu selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Fakhrul Anwar Ismail.