awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin ambil tindakan undang-undang terhadap blog 'Toyol of Selangor'

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
26/06/2018
07:08 MYT
Azmin ambil tindakan undang-undang terhadap blog 'Toyol of Selangor'
AZMIN: Tindakan undang-undang tersebut bertujuan menghentikan penyebaran fitnah yang secara sengaja berniat jahat. - Foto fail
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik blog 'Toyol of Selangor' susulan fitnah yang mendakwa beliau kononnya menyimpan RM300 juta di luar negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Azmin telah memfailkan permohonan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui pasukan guamannya untuk mengenal pasti identiti pemilik blog tersebut bagi tindakan susulan.
“Tindakan undang-undang tersebut bertujuan menghentikan penyebaran fitnah yang secara sengaja berniat jahat untuk mengugat kewibawaan dan intergriti Menteri Hal Ehwal Ekonomi," katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, Azmin menafikan dakwaan bahawa beliau memiliki lebih RM300 juta yang dikatakan disembunyikan di luar negara.
Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tuduhan yang berniat jahat dan cubaan mencemarkan reputasinya.
Azmin mengulas dakwaan blogger 'Toyol Of Selangor' yang mendakwa dalam tulisan di blog pada 18 Jun lalu bahawa Azmin dan isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin, mempunyai banyak akaun bank di luar negara.
BACA: Azmin nafi dakwaan sembunyikan lebih RM300 juta di luar negara
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Azmin Ali
#luar negara
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#RM300 juta
#SKMM
#Toyol of Selangor
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan