awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu dan kelindan treler maut, tercampak ke bawah Lebuhraya SPE
Keputusan PRK Kinabatangan, Lamag dijangka diketahui seawal 10 malam Sabtu ini - SPR
Kekal lazat, lebih sihat: Perjalanan Ajinomoto (Malaysia) Berhad bersama rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin dakwa wujud 'tangan ghaib' batal jemputan rasmi Kongres AMK

Bernama
Bernama
14/11/2019
07:00 MYT
Azmin dakwa wujud 'tangan ghaib' batal jemputan rasmi Kongres AMK
Mohamed Azmin turut mempersoalkan pembatalan jemputan itu yang dianggapnya bagi menghalang beliau daripada bersuara dalam kongres sayap parti itu. - Gambar fail
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa wujud 'tangan ghaib' di belakang keputusan membatalkan jemputan beliau untuk merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada AMK untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.
"Saya telah terima surat jemputan dan telah menjawab akan hadir tetapi baru-baru ini telah dibatalkan. Saya yakin Ketua AMK tidak berani melakukan sesuatu tanpa ada tangan-tangan ghaib di belakang.
"Ini bukan tentang saya tetapi sebab jawatan presiden dan timbalan presiden," katanya kepada media selepas berucap pasa Siri Forum Menteri Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2019 di INTAN, Bukit Kiara hari ini.
Mohamed Azmin turut mempersoalkan pembatalan jemputan itu yang dianggapnya bagi menghalang beliau daripada bersuara dalam kongres sayap parti itu.
Semalam Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilaporkan berkata keputusan untuk menjemput Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perasmi Kongres Nasional AMK di Melaka 6 Dis ini dibuat pada mesyuarat pimpinan pusat sayap itu pada 20 Okt lepas.
Akmal Nasrullah dilapor berkata hasil mesyuarat itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Biro Politik Pusat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AMK
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#PKR
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan