awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin umum barisan baharu exco Selangor, PAS hilang satu kerusi

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2014
04:04 MYT
Azmin umum barisan baharu exco Selangor, PAS hilang satu kerusi
Azmin Ali
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengumumkan barisan baharu exco negeri Selangor dalam satu kenyataan media pagi ini.
Barisan baharu ini menyaksikan kerusi exco yang disandang wakil daripada parti PAS berkurangan daripada empat kepada tiga.
Dua exco PAS sebelum ini, Sallehen Mukhyi (Sabak Bernam) dan Dr Halimah Ali (Selat Kelang), tidak dilantik semula dalam barisan baharu yang diumum Azmin.
Kerusi exco PAS kini hanya disandang Iskandar Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus ‎Hairi (Sijangkang) dan muka baharu Mohd Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).
ADUN Seri Setia, Nik Nazmi daripada PKR, telah melepaskan jawatan sebagai Timbalan Speaker dan diserapkan ke dalam barisan exco.
Jawatan Timbalan Speaker bakal disandang wakil daripada PAS.
Selain Nik Nazmi, barisan yang baharu dilantik daripada PKR ialah Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) Dr Daroyah Alwi (Sementa), dan Amiruddin Shari (Batu Caves).
Manakala daripada parti DAP terdiri daripada Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan), dan V.Ganabatirau (Kota Alam Shah).
“Bidang tugas mereka akan diputuskan hujung minggu ini,” kata Azmin.
Upacara angkat sumpah akan diadakan di Istana Alam Shah pada jam 3 petang ini.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Exco
#Menteri Besar
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan