awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bacaan kedua RUU berkaitan 'Anti-Stalking' dibentang di Dewan Rakyat bulan depan

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2022
03:56 MYT
Bacaan kedua RUU berkaitan 'Anti-Stalking' dibentang di Dewan Rakyat bulan depan
Bacaan kedua bagi Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Anti-Stalking akan dibentang di Dewan Rakyat pada Oktober ini. - Foto fail
KUALA LUMPUR : Bacaan kedua bagi Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Anti-Stalking akan dibentang di Dewan Rakyat pada Oktober ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, RUU itu adalah antara yang terawal akan dibentang pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 tidak lama lagi.
RUU yang terlibat ialah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2022.
Sehubungan itu, jelasnya, takwim baharu bagi sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 2022 bagi Dewan Rakyat adalah pada 3 Oktober hingga 29 November 2022 (32 hari) dan 21 November hingga 7 Disember 2022 (11 hari) bagi Dewan Negara.
Perubahan takwim kali ini bagi membolehkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 dipercepatkan.
Topic Berkaitan
#RUU
#Antistalking
#Parlimen
#Mas Ermieyati Samsudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan