JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengarahkan agar bacaan Qunut Nazilah dilaksanakan pada setiap solat fardu di semua masjid dan surau di negeri ini bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata selain itu, solat sunat hajat turut ditetapkan pelaksanaannya selepas solat fardu maghrib.

"Semoga usaha ini akan melorongkan pertolongan Allah SWT bagi keamanan yang berpanjangan kepada umat Islam ... khususnya dalam usaha memohon kemenangan atas perjuangan rakyat Palestin .... Amin," katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Pertempuran antara Hamas, pihak berkuasa di Semenanjung Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.

-- BERNAMA