awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin

Bernama
Bernama
11/07/2024
22:30 MYT
Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin
Mohamed Dzaiddin yang merupakan Ketua Hakim Negara dari 20 Dis 2000 hingga 15 Mac 2003 telah banyak berjasa kepada badan kehakiman Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatan Allahyarham. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mewakili badan kehakiman Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah yang meninggal dunia malam tadi.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kenyataan menyebut, Mohamed Dzaiddin yang merupakan Ketua Hakim Negara dari 20 Dis 2000 hingga 15 Mac 2003 telah banyak berjasa kepada badan kehakiman Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
"Kepulangan Allahyarham ke rahmatullah merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh seluruh warga kehakiman khasnya dan negara amnya," menurut kenyataan itu.
Mohamed Dzaiddin meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam tadi.
Berita pemergian Allahyarham disahkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#tun mohamed dzaiddin abdullah
#meninggal dunia
#Ketua Hakim Negara
#Mahkamah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan