SELAMAT bersara Kento Momota!

Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri sentiasa ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia itu.

Teruja, terkejut dan banyak lagi hamparan emosi yang dapat dilihat apabila menonton permainan bekas raja badminton ini di peringkat antarabangsa.



Nama anda telah terukir dalam hati semua orang, anda sentiasa diingati untuk apa yang anda lakukan dalam sukan badminton.

Terima kasih kerana menghasilkan begitu banyak permainan yang menarik dan membawa banyak hiburan kepada semua yang menonton permainan anda.

Semangat juang yang tidak pernah berputus asa dan sentiasa berkobar-kobar dalam setiap kejohanan pastinya layak diberikan penghormatan.

Teruskan menjadi idola buat semua anak muda yang punya minat untuk memegang raket dan yang pastinya kemunculan dalam sukan badminton telah pun menentukan dan menamakan siapa anda, Kento Momota, Raja Badminton Dunia.

Sedikit trivia, Kento Momota yang mengesahkan kemunculan di Piala Thomas 2024 sebagai penampilan terakhirnya di kejohanan antarabangsa berjaya memukau semua fanatiknya di China apabila menang ketiga-tiga perlawanan yang disertainya bersama skuad Jepun dalam peringkat kumpulan.

Namun dalam aksi separuh akhir dia tidak dapat beraksi kerana Jepun tewas 1-3 kepada Malaysia.

Apa-apapun terima kasih Kento momota. Selamat bersara dan semoga berjumpa lagi!



*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro